Bintang remaja yang kian meningkat naik namanya, Masya Masyitah kini muncul dengan single baru yang mempamerkan sisi dewasa penyanyi berkenaan seiring kematangan usianya
Tampil dengan imej yang lebih edgy, lagu Hapus yang dicipta komposer terkenal, Amy Bong dengan sentuhan magis komposer popular, Ziin atau lebih dikenali dengan panggilan Zimi diharapkan mamu memberi gemerlapan sinar terhadap profil seninya.
Yang pasti, musibah yang sedang melanda negara juga sedikitpun tidak mematahkan semangat gadis ini untuk terus berjuang dalam industri muzik tanah air.
“Alhamdulillah tatkala negara masih lagi berada dalam fasa pemulihan wabak COVID-19,
Masya diberikan kesempatan tampil dengan single terbaharu kerana sudah lama rasanya Masya tidak keluar dengan apa-apa lagu baharu, dan ini merupakan permulaan yang baik bagi tahun 2020,” jelasnya.
Berkongsi mengenai Hapus lagi, Masya menambah ia mengisahkan tentang percintaan dua insan, namun si lelaki yang dicintai didapati curang dengan wanita lain di depan mata sendiri.
“Sesuatu yang amat perit untuk dilalui, sejak itu dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan tersebut dan cuba menghapuskan segala memori manis mereka bersama,” terang Masya.
Bakal muncul dengan lagu Mandarin tidak lama lagi, penerima anugerah ‘Most Admired
Leaders’ di Asia Music Awards 2019 ini turut menambah single tersebut sebenarnya sudah dirakam awal.
“Single ini sebenarnya telah pun dirakamkan pada 18 Februari yang lalu dan pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment terpaksa menangguh rangka pelancaran serta kerja promosi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan.
“Namun begitu, video muzik ‘Hapus’ berjaya dijalankan dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang sewajarnya dan Masya sangat berpuas hati dengan hasilnya dan tidak sabar untuk berkongsi dengan peminat,” katanya optimis.
Pada masa sama, Hapus juga menyaksikan pengalaman pertamanya dalam bekerjasama dengan komposer Amy Bong.
“Masya berharap agar lagu ini bakal diterima baik dan disukai ramai sebab jalan ceritanya yang sangat menyentuh hati dan dapat mengubat kerinduan peminat yang sudah lama menantikan buah tangan terbaharu.
“InsyaAllah selepas ini lebih banyak perancangan yang bakal dilakukan dan semoga kita
semua berjaya mengharungi wabak COVID-19 ini dengan tabah dan semangat yang kuat,” katanya.
Hapus boleh dimuat turun di iTunes serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
Manakala video lirik dan muzik lagu Hapus juga boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Sehingga kini, muzik video berkenaan sudah pun ditonton lebih 100,000 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Kuat, reda dan bertabahlah.” Itu nasihat salah seorang perserta yang tersingkir di saingan separuh akhir Gegar Vaganza 6 (GV6), Noorshila Amin apabila ditanya apakah pesannya kepada rakan seangkatan andai mahu menyertai program hiburan terbabit di masa depan.
Malah, Noorshila yang disononim disapa Mama Shila akui, dia bukan seorang yang lemah, sebaliknya cuba untuk bersaing hingga berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir.
“Saya tidak lemah satu pun, saya cuba untuk fight. Ini program realiti jadi saya cuba berlawan dan buat yang terbaik sebagaimana yang diharap-harapkan oleh peminat saya.
“Jadi, kalau dari minggu pertama hingga ke sepuluh, banyak lagu yang saya dapat dan cuba untuk sampaikan dengan cara sendiri,” katanya kepada MH.
Noorshila pada masa sama turut bemotivasi apabila para peminat tetap memberikan semangat dan sokongan buatnya saban minggu.
“Saya ada mendapat teks, grup yang mereka sendiri cipta dan mereka ada memberikan keputusan yang diberikan berbanding keputusan di GV6 sangat berbeza.
“Jadi penghargaan yang diberikan membuatkan saya bersemangat untuk buat persembahan setiap minggu.
“Malah, yang berikan keputusan itu pun adalah yang ada pengetahuan dalam muzik,” katanya yang tidak rasa sedih atau ralat apabila tidak berjaya melangkah ke pentas final GV6, Ahad depan.
Seterusnya, konsert akhir minggu hadapan bakal menyaksikan enam bintang berentap untuk merebut gelaran juara GV2019 iaitu Hady Mirza, Naqiu Boboy, Jatt Ali, Nurfatima, Sham Visa dan One Nation Emcees.
Dalam pusingan separuh akhir malam tadi selain Noorshila, Wann yang menyanyikan dua buah lagu iaitu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella) meraih kedudukan ketujuh, sekali gus menjadi peserta yang turut tersingkir.
Pusingan separuh akhir GV2019 diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juri jemputan Datuk M. Nasir.
Ikuti sidang media penuh sejurus konsert GV6 Semi Final di sini;
Hasrat pelawak Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah untuk memiliki sebuah kediaman sempurna untuk dirinya sekeluarga akhirnya berjaya direalisasikan.
Bintang itu kini menanti untuk mendiami sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor yang kini sedang melalui beberapa proses penambahbaikan di peringat akhir.
Jelasnya, dia dan isteri menggunakan wang simpanan demi membeli kediaman berkenaan. Mereka dijangka berpindah selepas seminggu Hari Raya Aidiladha ini.
“ASB (Amanah Saham) semua ‘kering’ kau. Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah akhirnya menjadi kenyataan. Sekarang sedang proses ubahsuai.
“Rumah itu dibeli hasil wang simpanan saya dan orang rumah, termasuk empat buah motosikal saya dijual. Saya bukanlah beli ia secara tunai, masih berhutang dengan bank juga.
“InsyaAllah akan buat kenduri kecil-kecilan bila kami sekeluarga pindah nanti,” katanya kepada MH.
Achey sebelum ini ada berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah barunya di Instagram.
Terdahulu, Achey ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Sugar Bomb x Nabil Ahmad x Achey diadakan di Shah Alam, pada Rabu.
Jika Nabil memperkenalkan produk SugarBomb X LuPK yang juga produk pewangi kereta dan minyak wangi, Achey pula mempertaruhkan lima jenis bauan menerusi produk pewangi kereta iaitu SugarBomb X Achey Edition.
Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal memberitahu, dua bintang berkenaan dipilih atas dasar komitmen serta kerjasama yang baik daripada mereka yang berusaha membantu menaikkan jenama terbabit.
“Saya percaya pemilihan Nabil dan Achey bertepatan dengan misi SugarBomb untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan ketika berdepan dengan penularan COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Seperti yang diketahui, ramai kehilangan kerja dalam tempoh ini, jadi kami ingin membantu mereka. Kami mencari ejen jualan untuk produk SugarBomb ini,” katanya.
SugarBomb Worldwide Sdn Bhd beroperasi sebagai syarikat yang menghasilkan pelbagai produk minyak wangi dan pewangi kereta.
Sejak mula beroperasi sejak 2017, SugarBomb setakat ini mengeluarkan 40 jenis produk minyak wangi dan 25 jenis bauan pewangi kereta.
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...