Fobia air, tempat tinggi dan badut memang biasa kita dengar, namun biasakah anda dengar fobia dengan sayur-sayuran, angka, emas dan ada juga benda paling pelik fobia pada lelaki Inggeris?
Jika anda fikirkan anda sudah tahu tentang fobia, jangan terlalu cepat berpuas hati. Sebenarnya masih ada beberapa fobia lain yang lebih pelik dan adakalanya tidak masuk akal mungkin anda tidak tahu lagi.
Oleh itu, MH senaraikan beberapa jenis fobia paling pelik yang ada pada manusia…
1.Bathmophobia: Fobia pada tangga
Menurut sebuah kajian, ketakutan melampau ini ‘wujud’ kerana minda seseorang itu dalam keadaan terlalu berjaga-jaga untuk mengelakkan diri dari jatuh. Malah ada di antara mereka yang terlalu takut untuk bayangkan apa yang akan muncul di tingkat seterusnya atau mungkin mereka membayangkan bagaimana jika mereka terperangkap dan tidak dapat keluar dari kawasan tersebut.
2.Novercaphobia: Fobia pada mak tiri
Kebanyakan individu seperti ini mempunyai masalah menerima orang baru dalam hidup mereka.
3.Bancophobia: Fobia pada bank
Sejenis ketakutan yang melampau dikalangan orang kampung yang tidak percaya untuk meletakkan wang ringgit di dalam akaun bank kerana bimbang jika wang simpanan mereka akan hilang dan tidak dapat dikesan.
4.Hippopotomonstrosesquipedaliophobia: Fobia perkataan yang panjang
Fuhhh… tengok sahaja nama dah boleh tahu ketakutan jenis ini memang merumitkan. Ia terjadi pada individu yang terlalu takut melihat sesuatu ejaan yang terlalu panjang. Mereka akan mula hilang fokus dan dihantui dengan huruf-huruf di minda.
5.Eisoptrophobia: Fobia Cermin
Individu yang mengalami ketakutan seperti ini sebenarnya mempunyai masalah keyakinan diri. Mereka takut sekirannya refleksi diri mereka ada kekurangan yang tidak boleh diterima. Malah mereka juga seorang yang sangat penakut kerana bimbang akan ada ‘sesuatu’ muncul di belakang mereka sewaktu melihat cermin.
6.Hyelophobia / Hyalophobia: Fobia pada kaca
Individu seperti ini selalunya memang takut jika melihat sesuatu seperti gelas atau kristal, bukan apa, mereka terbayang bagaimana sekiranya kaca itu pecah dihadapannya. Malah lebih menakutkan jika terkenang bertapa tajamnya kaca jika menjadi serpihan.
7.Linonophobia: Fobia pada tali
Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana fobia pada tali? Apa salah tali? Namun menurut sebuah kajian, selalunya individu yang mempunyai fobia pada tali kemungkinan besar trauma dengan sesuatu kejadian. Apabila melihat tali, mereka akan terbayang seksaan yang cukup dasyat. Namun sejauh mana kebenaran hanya individu yang benar-benar ada jenis fobia ini sahaja lebih tahu.
8.Mageirocophobia: Fobia untuk memasak
Ingat tak cerita Isteriku Bukan Tukang Masak yang pernah dilakonkan oleh Zara Zya dan Ajak Shiro? Jangan terkejut ya, benda ni memang benar-benar wujud. Selalunya individu yang ada fobia macam ni, kurang yakin dengan kebolehan diri. Mereka bimbang jika mereka akan musnahkan segalanya. Kalau nak tahu, ada juga yang gagal mengawal diri sampai boleh pengsan ya!
9.Melanophobia: Fobia pada warna hitam
Hitam sinonim dengan maksud kegelapan. Jadi individu seperti ini memang benar-benar tidak suka diselubungi dengan perkara-perkara yang mempunyai unsur ‘kejahatan’.
10.Mnemophobia: Fobia pada memori
Fobia ini selalu ada pada individu yang punyai sejarah silam yang buruk atau terlalu mengecewakan. Sekirannya memori itu kembali, individu ini cenderung mencederakan diri supaya mindanya berhenti memikirkannya. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka tidak mahu ingat kembali apa yang terjadi bukan?
11.Myrmecophobia: Fobia pada semut
Selain fobia pada seranga, ada juga individu yang fobia dengan semut-semut halus. Lagi pula jika semut tersebut di satu kawasan yang sama. Tetapi apa yang MH faham, perkara ini bukanlah lebih kepada takut. Sebaliknya lebih menggelikan.
12.Octophobia: Fobia pada bentuk 8
Fobia jenis ini ada kena mengena dengan perkara-perkara tahyul. Bagi sesetengah individu pergelungan yang terhasil sehingga terjadi no “8” seperti ada ‘sesuatu’ di tengah-tengah nombor tersebut.
13.Papyrophobia: Fobia pada kertas
pelik bukan? tetapi tahukah anda, fobia pada kertas memang benar-benar wujud. Individu yang mengalami masalah ini tidak akan pernah cuba menyentuh kertas atas beberapa sebab. Antaranya seperti mereka ngilu dengan geseran kertas ataupun takut jika hujung kertas akan menyebabkan luka.
14.Pentheraphobia: Fobia pada mak mertua
Dengar seperti lucu, tetapi percayalah ini benar-benar berlaku di kalangan masyarakat kita. Namun mengikut satu kajian, fobia ini sering terjadi di kalangan pasangan muda kerana mereka kurang mahir mengambil hati ibu mertua. Mereka mempunyai simptom yang sama seperti Novercaphobia yang sukar menerima kehadiran ibu tiri.
15.Phonophobia: Fobia pada suara sendiri Di Telefon
Pernah dengar tak kawan-kawan merungut tak suka dengar suaranya sendiri di telefon? Jangan tak tahu ya, sebenarnya memang ada individu yang fobia mendengar suaranya sendiri. Tak percaya cuba rekod suara kawan-kawan yang ada dan bagi mereka dengar semula. Pasti akan ada yang menjerit dan minta untuk anda padamkan suaranya.
16. Hexakosioihexekontahexaphobia: Fobia angka 666
Fobia ini ada kene mengena dengan kepercayaan karut dan tahyul. Mereka menganggap angka ini ada kena mengena dengan ilmu hitam.
17. Agyrophobia: Fobia Melintas Jalan
Sebenarnya ramai jugak masyarakat Malaysia yang punyai fobia seperti ini. mereka menganggap melintas jalan itu umpama salah satu cara yang mampu mengadai nyawa.
18. Arachibutyrophobia: Fobia Dengan Selai Kacang
Jika da yang allergic kacang, ada juga individu yang fobia dengannya terutamanya mentega kacang yang melekit-lekit. Mereka paling takut sekirannya selai kacang tersebut melekat di jari jemari, lelangit atau lidah.
19. Cathisophobia: Fobia Duduk
Duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan keresahan dan sakit, malah mereka juga bimbang dan rasa rimas kerana rasa seperti terperangkap dalam satu tempat yang sama.
20. Automatonophobia: Fobia dengan patung replika yang sebiji seperti manusia
Ia agak berbeza dengan pediophobia, Automatonophobia selalunya melibatkan patung-patung replika persis patung seperti puppet dan sebagainya. Individu yang punyai fobia seperti ini selalunya membayangkan patung-patung tersebut ‘bernyawa’ dan sangat menakutkan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI