Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau sinonim disapa Cik B ada memuat naik sebuah video bersempena dengan hari lahirnya yang ke-15, hari ini.
Video tersebut memaparkan Cik B sedang bertanya secara rawak kepada seluruh penghuni rumahnya mengenai tarikh istimewa bagi dirinya.
Namun, tiada seorang pun di kalangan ahli keluarganya itu yang mengingati tarikh tersebut malah hanya menganggapnya sebagai hari biasa.
“So hari ni Cik B tanya orang esok hari apa.
“Nampaknya tiada siapa yang ingat.
“Tapi takpa Cik B pun tak ingat birthday diorang,” tulisnya pada video tersebut.
Sementara itu, video tersebut bagaimanapun turut mendapat perhatian ibunya, Datuk Seri Vida.
“Soorrrryyyy sangat Cik B. Mama lupa date birthday Cik B.
“Jangan merajuk ye. Anak mama yang hebat. Cayanngg Cik B,” tulisnya.
Video tersebut kemudiannya tular selepas menerima hampir 250,000 tontonan malah turut dihujani ribuan komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti tempatan ada menitipkan ucapan hari lahir buat Cik B selain turut memintanya supaya jangan bersedih kerana masih ramai lagi orang yang menyayangi dirinya di luar sana.
Sumber: Instagram Cik B