Tak sangka, kehadiran Nana sebagai ‘pelajar’ dikejutkan dengan pemberian sumbangan bagi mangsa banjir berjumlah RM50,000 daripada RichWorks, semalam.
Menurut selebriti usahawan yang merupakan ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) itu, beliau sangat gembira bila mana dapat menjadi ‘penghubung’ bagi menyumbang kepada lebih ramai orang memerlukan.
Katanya, wang itu hasil sumbangan daripada RichWorks bersama usahawan-usahawan jutawan yang dibimbing melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
“Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawaniaitu memberi kembali kepada komuniti.
Ads
“Pada akhirnya, fokus (usahawan) untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang. Nak jadi ‘kaya’ sebab dapat menyumbang lebih banyak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWoks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman mewakili RichWell menyerahkan replika cek kepada Nana ketika Inner Circle Meeting (ICM) Langkawi.
Pada hujung tahun lalu, RichWell salur sumbangan berjumlah RM500,000 bagi mangsa banjir hasil sumbangan usahawan-usahawan dalam tempoh 24 jam.
Dalam pada itu, Nana menjelaskan juga bahawa ilmu diterima di RichWorks bukan hanya mengajar bisnes tapi lebih daripada itu.
“Di sinilah saya berhijrah, faham juga banyak ilmu agama, membantu lebih ramai orang dan tanggungjawab sebagai manusia,” ujarnya.
Nana turut memberikan dedikasi terima kasihnya menerusi Insta Stories, pada Selasa.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.
“Kami memahami perasaan dihadapi mangsa banjir yang ramai di Pantai Timur termasuk di Sabah ketika ini.
“Kami sendiri pernah alami banjir teruk di Shah Alam pada tahun lalu, pejabat dinaiki air hinggakan ada staf terpaksa bermalam di dewan,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecewa apabila namanya turut terpalit sebagai batu api dalam kes tuntutan saman malu Datuk Seri Vida terhadap pengacara Azwan Ali, jelas Roslan, jangan sesekali membuat andaian atau fitnah.
Kehadirannya adalah semata-mata untuk menyelamatkan keadaan dan mengharap agar kedua-dua pihak berdamai.
Malah tambahnya lagi, dia menjemput Azwan untuk bersama dalam satu pentas kerana sudah lama tidak bekerja bersama. Namun lain pula yang berlaku.
“Siapa Yang Batu API ya….kesian orang macam Ini suka membuat andaian Dan membawa Fitnah….Padahal cik Lan sedaya upaya untuk selamatkan secara damai untuk berbaik ya.
“Pasal Cik Lan menjemput Diva AA buat show bersama dengan cik Lan secara ikhlas Dan cik Lan sediakan 2 Malam penginapan Di hotel Dan cik Lan pun membayar duit Kepada Diva AA dengan duit cik Lan sendiri ya.
“Tak Salah cik Lan menjemput Diva AA kerana sudah lama tidak membuat show satu pentas bersama dengannya itu niat cik Lan…Kerana Orang ini nak popular Dan sebagai haters terimalah follower cik Lan Akan Komen ya….#Share3…#Love3.
“Tak tahu Cerita Jangan sesuka hati nak kecam cik Lan ya….aminnn…pasal show pun sekadar tolong Rakan Rakan Artis ya,” ulasnya menerusi laman Instagram.
Malah menerusi sidang media yang diadakan Azwan Ali bagi membuat permohonan maaf, pengacara itu turut menjelaskan Roslan bercakap benar dan telah membayar hotel penginapan dan bayaran perkhidmatannya.
Walau bagaimanapun, Vida dalam kenyataan di sidang media yang berlangsung nekad meneruskan tuntutan saman malu terhadap Azwan Ali.
Foto : Instagram Roslan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui jenazah, Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi sebentar tadi, lapor Awani.
Berkongsi berita sedih itu, Fauziah nawi menerusi Facebook, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan arwah anaknya oleh adiknya yang berada di lokasi kejadian.
“Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok,” maklum Fauziah secara langsung di Facebook peribadinya.
Dalam keadaan sebak, seniwati itu berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarham Pitt sepanjang kehilangannya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan, berusaha mencari jenazah anak saya,” kongsi Fauziah yang turut meminta maaf kerana tidak mampu untuk menjawab panggilan telefon semua pihak yang menghubungi.
Pitt Hanif, 43, yang juga seorang pengarah filem dikhuatiri lemas sejak Sabtu selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari.
Sumber: Awani, Facebook Fauziah Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas didakwa menipu dalam urusan pembelian rumah melibatkan pelakon, Fathia Latif, usahawan yang juga suami kepada penyanyi Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tampil mempertahankan dirinya, susulan dakwaan yang dibuat Fathia, pada Isnin.
Menurut Mahadi, dakwaan tersebut tidak benar dan dia juga tidak pernah terlibat di dalam industri perumahan.
“Saya Mahadi Badrul Zaman yang juga dikenali sebagai Mahadi BZ, suami kepada Heliza Helmi ingin menegaskan dengan tegas bahawa saya tak pernah terlibat dalam sebarang industri perumahan,” tulisnya.
Penjelasan itu dikongsikan Mahadi menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama, Mahadi turut memaklumkan dirinya dia juga tidak pernah berurusan dengan Fathia sebelum ini.
“Saya tidak mengenal secara langsung mahupun tidak langsung individu yang bernama Fathia Latif seperti yang disebutkan dalam kenyataan di halaman Mstar,” tegasnya lagi.
Sebelum ini, portal media melaporkan mengenai kenyataan yang dibuat Fathia ketika satu sesi siaran langsung di Instagram yang mendakwa Mahadi sebagai penipu dalam urusan pembelian rumah.
Dakwa Fathia, rumah tersebut masih belum disiapkan selepas lima tahun mereka berurusan meskipun harus membayar ansuran sebanyak RM2,000 sebulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit: Instagram Datuk Seri MahadiBZ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas produk kopi tanpa bancuh Liquffe, Fadzil Ismail, meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa artis dan pempengaruh.
Ini kerana, Fadzil mendakwa ada di antara mereka yang...