Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah meluahkan rasa sedih atas pemergian penyanyi, Sandra Dianne yang telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi.
Nonny memaklumkan dia cukup meminati nyanyian dan suara yang dimiliki oleh arwah Sandra.
Selain itu, penyanyi berusia 31 tahun ini ada berkongsi kata pesanan kepada pengikutnya di Instagram.
“Al-Fatihah. Minat lagu dan suara arwah terutama Terkemuka. Setiap pemergian seseorang itu membuatkan sy lebih beringat, satu hari kita pasti akan menyusul jua.
“Ingatlah, dunia ini sementara & mati tidak mengenal usia. Buktinya, ada di depan mata.
Disanalah yg akan kekal selama-lamanya.
“Mudah2an bila kita dihimpun suatu hari nanti sama2 kita boleh berpimpin tangan utk masuk ke syurga Allah. Sesungguhnya Allah itu maha baik,” tulisnya.
Bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini juga menasihati kepada netizen supaya tidak bersikap menghukum pengakhiran hidup orang lain.
“Jangan pernah judge pengakhiran seseorang itu sbb kita juga belum tau pengakhiran kita bagaimana.
“Dan jangan jadi tuhan menentukan syurga neraka bagi mereka, kita tak tau apa kebaikan yg mereka pernah lakukan didunia. Dan janganlah kita jadi muslim yg muflis.
“Disebabkan mulut,perangai,tindakan & komen2 yg boleh menyeret kita semua ke neraka jahanam.
“Ubah diri dari byk berkata2 menambah dosa, seeloknya kita mendoakan semoga arwah dan kita semua nanti ditempatkan dikalangan golongan orang2 yg beriman. Amin Ya Allah.
“Dihari Jumaat yg mulia ini marilah kita semua sama2 sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah Alessandra Dianne. Nangis dengar lagu yg arwah nyanyi nie.. :’),” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Sandra terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 5 September lalu ketika sedang menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat program Big Stage 2020.
Arwah Sandra telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September selepas koma selama 5 hari di Hospital Putrajaya.
https://www.instagram.com/tv/CE_Dl_wh0rs/?igshid=d7rlax28pi8x
Video: Instagram Nonny Nadirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beberapa entri video dan foto yang dikongsikan pelakon cantik, Nur Fazura yang kerap mengenakan hijab di Instagram mencuri tumpuan ramai.
Menerusi satu hantaran di plaform sama pertengahan Mei lalu, ada warga maya di ruangan komen menyambut baik penampilan yang digayakan ibu kepada seorang cahaya mata.
Malah mereka turut mendoakan yang baik-baik buatnya.
Sementara itu dalam video yang dikongsikan di Insta Story, Fazura yang dirakam sedang mempromosikan Fazura Lippy Beg dilihat turut tampil berhijab dan mengenakan kemeja berlengan panjang.
Namun, tidak dapat dipastikan mengenai masa sebenar video tersebut diambil.
Peminat sebelum ini mengetahui, Fazura memilih untuk mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan.
Terdahulu, menerusi Harian Metro, isteri kepada pelakon Fattah Amin di dalam temu bual bersama media menjelaskan, soal bila dia akan bertudung adalah terlalu peribadi.
Bagaimanapun, sekiranya sudah bersedia untuk berhijrah dia tidak akan membuat sebarang pengumuman.
“Setiap tahun saya akan bertudung pada bulan Ramadan. Sudah tentulah, saya ada niat dan keinginan ke arah itu. Tapi, itu antara saya dengan Allah.
“Soal penghijrahan ini sangat personal. Kalau saya berhijrah nanti pun, tiada pengumuman akan dibuat. Saya akan buat saja dan apapun mohon doa yang baik-baik untuk saya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usahawan yang juga pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi sepotong videp pendek yang merakamkan aksi kandidnya bersama bapa tersayang.
Dirakam sewaktu pembukaan rasmi kedai runcitnya, Elewsmart baru-baru ini, Ebit memberitahu ibu bapa merupakan sumber kekuatannya.
“Tadi berbual dengan ayah saya. Bisiknya jika mak ada mesti dia gembira sangatkan anakku. Dia menangis rindukan mak saya.
“Saya kata padanya. Itulah kekuatan ebit, doa bapak dan mak dulu lagi. Sebenarnya, semua yang kita peroleh hari ini mak lebih dapat kerana ebit niat setiap kebaikan ebit hadiahkan buat mak,” tulisnya.
Ebit pada masa sama turut membayangkan kerinduan bapa buat isteri yang telah pergi selamanya.
“Itulah ayah saya kisah cintanya pada mak saya. Kasih sayangnya. Dialah ayah yang tak bercakap banyak sangat tapi kasih sayangnya pada anak.
“Kata-katanya sumber kekuatan dalam hidup saya. Ya Allah jagakanlah mak di sana. Berilah ayah saya sentiasa sihat dan bahagia. Gunakanlah kami semua jadi matahari kebaikan,” doa Ebit.
Terdahulu menerusi beberapa posting sebelumnya, Ebit ada berkongsi video sekitar pembukaan rasmi dua cawangan Elewsmart di Bandar Baru Bangi dan Kajang hujung minggu lalu.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Anzalna Nasir menerusi Instagram ada memaklumkan sepatutnya dia dan kedua ibu bapanya ada merancang untuk mengerjakan Haji tahun ini.
Bagaimanapun, perancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana dirinya baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees, 3 Jun lalu.
“Emm acham tetiak @hanif_zaki. Hahahahahhaha Selamat hari raya everyone!
“Sebenarnya plan tahun ni nak buat haji bawa mama and abah tapi Allah bagi rezeki lain @mohamadeidrees Alhamdulillah.
“InsyaAllah masa nya akan tiba,” tulis Anzalna ringkas.
Lalu menerusi ruangan komen, ada pemi yang terus mendoakan agar niatnya sucinya untuk mengerjakan fardhu haji itu akan dapat direalisasikan kelak.
Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir berkahwin dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI