Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah meluahkan rasa sedih atas pemergian penyanyi, Sandra Dianne yang telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi.
Nonny memaklumkan dia cukup meminati nyanyian dan suara yang dimiliki oleh arwah Sandra.
Selain itu, penyanyi berusia 31 tahun ini ada berkongsi kata pesanan kepada pengikutnya di Instagram.
“Al-Fatihah. Minat lagu dan suara arwah terutama Terkemuka. Setiap pemergian seseorang itu membuatkan sy lebih beringat, satu hari kita pasti akan menyusul jua.
“Ingatlah, dunia ini sementara & mati tidak mengenal usia. Buktinya, ada di depan mata.
Disanalah yg akan kekal selama-lamanya.
“Mudah2an bila kita dihimpun suatu hari nanti sama2 kita boleh berpimpin tangan utk masuk ke syurga Allah. Sesungguhnya Allah itu maha baik,” tulisnya.
Bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini juga menasihati kepada netizen supaya tidak bersikap menghukum pengakhiran hidup orang lain.
“Jangan pernah judge pengakhiran seseorang itu sbb kita juga belum tau pengakhiran kita bagaimana.
“Dan jangan jadi tuhan menentukan syurga neraka bagi mereka, kita tak tau apa kebaikan yg mereka pernah lakukan didunia. Dan janganlah kita jadi muslim yg muflis.
“Disebabkan mulut,perangai,tindakan & komen2 yg boleh menyeret kita semua ke neraka jahanam.
“Ubah diri dari byk berkata2 menambah dosa, seeloknya kita mendoakan semoga arwah dan kita semua nanti ditempatkan dikalangan golongan orang2 yg beriman. Amin Ya Allah.
“Dihari Jumaat yg mulia ini marilah kita semua sama2 sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah Alessandra Dianne. Nangis dengar lagu yg arwah nyanyi nie.. :’),” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Sandra terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 5 September lalu ketika sedang menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat program Big Stage 2020.
Arwah Sandra telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September selepas koma selama 5 hari di Hospital Putrajaya.
Video: Instagram Nonny Nadirah