“Nanti Ada Orang Label Awak Bingai,”- Tegas Tidak Akan Buat Persembahan Di AJL 33, Respon Altimet Bila Ada Pihak Label Lagu Bunga Membazir

Share

Rapper, Altimet meluahkan rasa syukur apabila lagu Bunga nyanyiannya sekali lagi berjaya untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33).

Bagaimanapun, keputusan tersebut nyata tidak disengangi segelintir pihak yang menyifatkan pemilihan Altimet adalah sesuatu yang merugikan kerana rapper tersebut baru sahaja mengumumkan persaraannya awal minggu lalu.

Individu tersebut memberitahu Altimet sepatutnya mengundur dari daripada pertandingan tersebut lalu memberi peluang kepada artis lain.

Langsung melihat komen tersebut, ini respon yang diberikan oleh Altimet;

“Kalau nak komen dapatkan info dulu. Saya kata saya nak berhenti daripada buat persembahan. Jadi lagu Bunga ni orang lain akan persembahkan. Saya tulis lirik lagu ni. AJL ni pertandingan tulis lagu. Bukan pertandingan menyanyi.

“Kalau tak cukup maklumat jangan bukak mulut, nanti ada orang label awak bingai. Bukan saya, saya tahu awak kurang maklumat. Tapi orang lain. Terima kasih kerana bagi maklumat,” tulisnya.

Tambah Altimet, dia menegaskan tidak akan membuat persembahan di AJL 33 dan akan menggantikan dirinya dengan orang lain.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mahukan AJL 33 menjadi pentas terakhir Altimet sebelum bersara terus daripada menjadi seorang penghibur.

Selain Bunga, sebanyak 11 lagi lagu telah terpilih untuk beraksi di pentas AJL 33 antaranya Semakin daripada Siti Sarah, Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi dan Sampai Bila dendangan Misha Omar.

Foto: Instagram Altimet

Published by
Aizam Manaf