Categories: Uncategorized

“Nanti Angah Hadiahkan Menantu Ya,” -Ucapan ‘Birthday’ Nadzmi Adhwa Pada Ibu, Bagi Hint Ke?

Share

Pelakon, Nadzmi Adhwa memuat naik entri mengucapkan selamat hari lahir kepada ibunya, semalam.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila Nadzmi mengatakan akan memberi hadiah menantu buat ibunya.

Macam membayangkan sesuatu saja kan?

“Happy 55th Birthday Mak. Angah loveyousomuch. Ampun kan dosa dosa Angah.

“Nanti Angah hadiahkan menantu ya ? Angah dah gatai nak berbini tapi tula takde orang nak la mak.

“Nanti nanti jela ya mak ?Angah sayang Mak to infinity and beyond. #WanitaKu,” tulisnya.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, kelihatan teman rapat Nadzmi, Ardell Aryana turut memberikan ucapan hari lahir buat ibunya.

Sementara itu, para peminat juga turut terhibur dengan kapsyen pelakon drama Hati Perempuan itu.

Alahai Nadzmi… Comel betul ucapan hari lahir itu, apa-apapun, kita doakan moga-moga jodohnya sampai cepat ya!

Foto/Instagram: Nadzmi Adhwa

Published by
Khaleeda Rashikin