“Nanti Angah Hadiahkan Menantu Ya,”- Ucapan Nadzmi Adhwa Buat Ibu Bapanya Sempena Anniversary Ke-30 Tahun, Wow!

Share

Pelakon Nadzmi Adhwa telah memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang ke-30 tahun.

Namun, dalam memberi ucapan buat kedua orang tuanya itu, dia juga ada menyelitkan mengenai status untuk mempunyai isteri.

“Happy 30 Years Anniversary My Dunya and My Jannah.. May Allah always bless you both with health, wealth prosperity and happiness.. My treasure. Nanti angah hadiahkan menantu ya. Eh! Berangan tak salahkan…,” tulisnya. 

Berdasarkan kapsyennya itu, netizen mulai memberi tanda nama (tag) kepada ‘teman tapi mesranya’ itu iaitu Ardell Aryanna. 

Ada-ada sahaja netizen ini mahu ‘mengusik’ Nadzmi dan Ardell, kan?

Apa-apa pun, MH ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat ibu bapa Nadzmi.

Foto : Instagram Nadzmi Adhwa

Published by
Amynur Akmal