Berita

“Nanti Bila Ada Masa Terluang, Google Manfaat…,” – Ruhainies Rupanya Amal Selawat Jibril, Yang Mahu Cuba ‘Good Luck’!

Share

Pelakon sensasi, Ruhainies sekali lagi berkongsi mengenai amalan selawat yang dilakukannya, sebagai menjawab pertanyaan pengguna Instagram menerusi ‘Ask Me Question’ di Insta Stories, pada Selasa.

Menerusi hantaran tersebut, warganet meminta Ruhainies untuk berkongsi apakah selawat yang diamalkan selama 40 hari.

“Selawat Jibril. Nanti bila ada masa terluang, Google manfaat selawat Jibril 1,000 kali sehari selama 40 hari apakah manfaatnya,” jawab Ruhainies.

Menerusi hantaran berbeza, pelakon drama Cukup Derita Itu juga memberikan reaksi pertanyaan lain, sama ada selawat yang diamalkan itu panjang atau sebaliknya.

“Pendek dan simple sahaja. Sedar-sedar dah 1,000. Cuba yang selawat Jibril ringkas. Good luck sayang,” kongsinya lagi.

Ruhainies pada masa sama menjelaskan, selawat sebanyak 1,000 kali sehari itu boleh dilakukan secara berperingkat dalam masa 24 jam (sehari).

Ia sebagai reaksi terhadap satu lagi pertanyaan warganet yang bertanya selawat tersebut perlu sekali jalan atau boleh diamalkan secara berperingkat.

“Boleh sambung-sambung dalam tempoh 24 hours tu. Sambil drive, sambil tunggu makanan order sampai, dan sebagainya.

“Yang penting before sleep habiskan baki tu. Cukupkan 1,000. Lagi lebih lagi bagus. New day new count,” terang Ruhainies.

Terdahulu, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkongsi hasrat murni, mahu menyempurnakan misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Malah dia turut mengajak orang ramai sama-sama melakukan amalan baik tersebut.

Hantaran itu dibuat selepas seorang pengikut laman sosialnya bertanya mengenai zikir yang diamalkan aktres terbabit.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH