Pelakon Ashraf Muslim ada memuat naik beberapa keping foto dan rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Ashraf berkongsi momen ketika menyambut ulang tahun kelahiran permata hati yang diraikan baru-baru ini.
Pelakon drama bersiri Dia Menantu Rahsia itu juga memberi pesanan buat anak tersayang.
“My hero! Adam dan Anas.. ingat pesan ayah selalu.. nanti bila ayah takde jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik..,
“dan jadi anak lelaki yg berakhlak yang mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua. @ashrafslegacy,” tulisnya.
Untuk rekod, Ashraf telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anas Ashraf
Dua tahun kemudian, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Foto : Instagram Ashraf Muslim