Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak tersayang.

Tindakan Fahad Ibrahim Muhammad Faliq atau lebih mesra disapa Yem memberikan kotak mainan kepada Nad Zainal sambil mengucapkan ‘happy birthday’.

Lantas, situasi tersebut membuatkan pelakon ini cukup terharu dan sebak.

Menurut Nad, Yem meminta sebuah kotak, mengisi semua mainan ke dalamnya dan kemudian menyerahkan ‘kotak misteri’ dengan penuh senyuman.

Ads

“Terasa macam zaman bercinta…BF buat suprise…

“Kisahnya Yem selongkar kotak.. dia nak kotak ni, so kita pun bagi jela.. tiba-tiba dia isi semua mainan dia.. and hadiah kat kita.. siap wish Happy Bday… and yesss.. my birthday dah dekat… sumpah sebak… walaupun ni just random act dari dia.. and dia tak tau pun tarikh bday I… alahai Yem… nanti dah besar bagi Mummy rumah tepi laut k? Tiberrr,” tulisnya.

Ads

Ulas netizen, Yem cukup bijak membeli jiwa ibunya, kecil-kecil sudah romantik.

“Nanti Dah Besar Bagi Mummy Rumah Tepi Laut,” – Terima Hadiah Dari Yem, Naluri Ibu Buat Nad Zainal Sebak

Ads

Permintaan pelakon drama Apa Dosaku ini juga mendapat pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Nanti Dah Besar Bagi Mummy Rumah Tepi Laut,” – Terima Hadiah Dari Yem, Naluri Ibu Buat Nad Zainal Sebak

Foto : Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI