Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat terharu saat mendengar respon suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir mengenai perancangan untuk menambah zuriat pada masa hadapan.
Menurut Ayda, pada mulanya dia menjangkakan suaminya itu sudah berpuas hati apabila mereka bakal dikurnikan cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Namun, apa yang diucapkan Nabil nyata mengejutkan hati Ayda.
“Ya betul saya nangis tadi masa interview dan dapat banyak respon.
“Baru dua hari lepas saya tanya Nabil ‘Dah dapat sepasang, nak terus ikat atau nak tambah baby lagi kalau ada rezeki?’.
“He jawab ‘Taknak ikat.’ Saya kata ‘Wow! Nak berapa ramai?’,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Pencuri Hati itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Jelas Ayda, Nabil tidak mahu dia mengikat peranakkannya kerana menyifatkab perkara yang bakal berlaku pada masa hadapan sememangnya tidak boleh dirancang.
“Nabil cakap ‘Dua pun alhamdulillah cukup, tapi tak payah ikat. Nanti kalau I tiada, kalau you kahwin lain, mana tahu your new husband nak ada anak dengan you’” kongsi Ayda lagi.
Lantaran itu, Ayda memberitahu, respon yang diberikan oleh Nabil itu membuatkan dirinya tersentuh dan sebak.
“Sis pun terdiam. Lepastu pura-pura ketawa (dalam hati nangis banjir) macam mana dia boleh fikir macamtu. Saya akan sentiasa menyayangi awak,” ujarnya lagi.
Difahamkan topik ini telah dikongsikan oleh Ayda dan Nabil sewaktu menjadi tetamu undangan di program radio, Suria FM pada Rabu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh membaca perkongsian tersebut selain turut menyifatkan Ayda sebagai seorang isteri yang sangat bertuah.
“Kapsyennya mengundang bawang.
“Saya ikut nangis tadi.
“Tak pernah terfikir apa yang Nabil fikirkan. Dia memang suami dan daddy yang terbaik.
“Sweet betul korang ni.
“Akak pun nangis. Allah sudah berikan Adik yang terbaik. InsyaAllah untuk selamanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini juga bakal menimang menimang cahaya mata lelaki yang dijangka lahir pada penghujung tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat