Aktres Sharifah Amani akhirnya mendedahkan dirinya sudah menjadi tunangan orang.
Adik kepada Sharifah Aleya itu melangsungkan pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya pada 24 Jun lalu di kediaman keluarga di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran di Instagram, Amani turut berkongsi sekeping gambar yang memaparkan cincin di jari manis sekali gus wajah mengesahkan mengenai status terkini dirinya.
Malah, kapsyen ringkas tetapi penuh makna membuatkan ramai rakan artis dan peminat tumpang gembira.
“Jujur, saya amat berdebar kerana mengenali diri ini memang kisah peribadi antara yang bukan saya jaja selama bergelar anak seni. Tapi, saya akur, perjalanan hidup manusia juga akan bertemu titik bahagia.
“Tiada istilah saya mahu menyembunyikan kebahagiaan yang sedang diteroka ini. Saya percaya, hal bahagia ini juga berhak dikongsi. Justeru, saya kongsi sedikit hari ini,” katanya.
View this post on Instagram
Pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 menerusi filem Gubra ini bagaimanapun belum bersedia mendedahkan identiti tunang meski akui bakal melangkah ke gerbang perkahwinan tahun ini juga.
“Nanti masa nikah, saya bersedia berkongsi identiti bakal suami. Sekarang ini, biarlah rahsia dulu.
“Yang pasti kami sudah kenal sejak empat tahun lalu. Saya selesa mengenalinya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Sharifah Amani
https://youtu.be/L2UmDyRCSqY
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI