Penyanyi Nourul Depp amat menitikberatkan penjagaan kesihatan baik dari segi diri sendiri dan kandungannya itu.
Nourul baru-baru ini ada berkongsi beberapa keping gambar yang melihatkan dia kini berada di sebuah gimnasium.
“Hari ni start gym pelan2.. Tak boleh lah kalau tak aktif masa pregnant ni. Nak bersalin senang, buat exercise (yang dibenarkan) , buat stretching , yoga ke atau jalan banyak2. Pi taman jalan keliling taman…
“Masa mengandung kat #zacharydepp i was so active. Memang senang bersalin…
Ads
“Dapatkan nasihat doctor dulu sebelum mulakan apa apa aktiviti sukan semasa mengandung. Pastikan tiada tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah serta tiada pregnancy diabetes. Ini penting…
“Tiada alasan untuk kekal aktif. Lagi2 kepada yang belum mengandung,” tulis Nourul di ruangan kapsyennya.
Aktiviti sihat itu dilakukan Nourul bersama anak perempuannya, Ayu Nazirah (hasil perkahwinan Nourul yang terdahulu).
Difahamkan, Nourul kini sedang hamil 25 minggu anak keempat hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp. Pasangan itu juga dikurniakan dua cahaya mata, Zachary Depp, 6, dan Raphael Depp, 4 tahun.
Foto : Instgaram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjawab dakwaan suaminya, Syamsul Yusof yang mengatakan Puteri Sarah Liyana sering membawa anak mereka keluar tanpa mendapat keizinan daripadanya, aktres itu kemudiannya memberikan respon menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
Dalam entri tersebut, Sarah memuat naik gambar anak mereka, Syaikhul Islam dan Sumayyah beserta keterangan di kapsyen, “If Syaikhul dan Sumayyah can give statement to the court, they will say (Kalau Syaikhul & Sumayyah boleh beri keterangan di mahkamah, mereka akan kata) ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah, tinggalkan mama, abang dan adik. Not us. Where is ayah, selalu tak ada dekat rumah?
“@syamsulyusoffilm do not turn your stupidity towards me (jangan libatkan kebodohan awak dengan saya). Do not use Allah’s name to make you an angel (jangan mainkan nama Allah untuk membuatkan anda kelihatan baik) di mata manusia,” tulis Sarah.
Terdahulu, Syamsul mengaku dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand, berwalikan bapa Ira, Kazar.
Pengakuan itu dikongsikan sendiri Syamsul menerusi laman Instagram miliknya, pada petang Jumaat.
Dalam video itu, Syamsul meminta Sarah kembali ke rumah mereka agar dapat berbincang secara terus berhubung permasalahan melibatkan perkahwinan mereka.
“Puteri Sarah masih isteri saya, harap Sarah pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang masalah yang berlaku. Tak perlulah nak hebahkan di media sosial dan buka aib orang.
“Sudah-sudahlah bawa anak keluar tanpa izin suami. Saya tak mahu orang cakap saya tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami,” kata Syamsul dalam video berkenaan.
Sarah sebelum ini mendedahkan Ira sebagai orang ketiga yang menganggu rumah tangga mereka sejak empat tahun lalu dan turut membawa masalah ini ke muka pengadilan.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Anakanda abah, Abdullah Abbas,
sudah genaplah usiamu setahun. Cepatnya masa berlalu. Diwaktu dikau dilahirkan, kegembiraan abah umi ditambah tanpa disedari.
“Senyuman yang pernah adik ukirkan adalah antara hadiah dan kesyukuran kami pada sang pencipta,” tulisnya.
Ucapan penuh makna itu dikongsikan oleh suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, PU Riz juga memasang impian agar anaknya itu menjadi hafiz Al-Quran dan pakar dalam bidang agama
“Abah doa agar Allah jaga adik. Jadikan adik Hafiz Al Quran, fakih dalam agama selaras dengan nama adik yang dipilih dari antara sahabat Nabi yang telah diredhai dirinya oleh Allah dan juga ahli keluarga Baginda.
“Abah sayangkan Abbas dan nanti bila Abbas sudah mampu membaca dan mungkin jua sudah pun menghafal beberapa surah dalam Quran ketahuilah, itu sahajalah yang abah harapkan agar Abbas ingat ayat suci Allah,” kongsinya.
Malah, dia turut mengingatkan anaknya itu untuk sentiasa menitipkan doa buat kedua ibu bapa.
“Wang ringgit tidak pernah sekali abah harapkan. Cuma kalaulah jodoh kehidupan kita tidaklah panjang seperti yang dijangka, adik jangan lupa doakan abah dan umi ya.
“Sekali lagi abah coretkan, jauh dari sudut Hati Abah, adik akan benar-benar genggam kecelikan dalam agama dan bakal jadi insan yang soleh in sha Allah,” akhirinya.
Sekadar informasi, PU Riz dan Neelofa telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram PU Riz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi, Siti Sarah yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada jam 5.13 pagi Isnin.
Bukan sahaja mendapat perhatian di kalangan peminat, malah golongan selebriti tanah air turut meluahkan rasa simpati atas pemergian penyanyi yang terkenal dengan lagu Kesetiaan itu.
Rakan penyanyi, Ayu Damit menerusi Instagtam mengakui dia tidak percaya dan menyangka Sarah akan pergi secepat ini.
Namun sebagai seorang Muslim, Ayu berkata, kita harus percaya dan urusan ajal maut semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.
“Sebenarnya saya memang tak percaya yang Kak Sarah dah tak ada. Tapi itulah ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya mampu berusaha, doakan untuk dia tapi Allah lebih sayangkan dia.
“Teruskan sedekah Al-Fatihah untuk arwah Kak Sarah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Ayu turut mengimbau kenangan bersama Sarah ketika mereka sama-sama menyertai program realiti nyanyian One In A Million (OIAM) musim kedua, sekitar tahun 2007.
Ayu menyifatkan Sarah sebagai penyanyi yang sangat baik dan sering memberikan nasihat bermanfaat kepada dirinya.
“Dulu masa dalam OIAM ada satu sesi perkenalan diri dan saya masih lagi ingat lawak jenaka dia dan bermula dari situlah saya mula kenal dengan dia.
“Pada mulanya saya tak berapa rapat sangat dengan dia sebab saya sangat segan dengan arwah.
“Sejujurnya dulu saya memang minat dengan arwah sebelum masuk OIAM lagi. Tapi lama kelamaan, kami mula rapat dan dia banyak bagi nasihat.
“Allahyarham juga banyak bagi tunjuk ajar pada saya. Ya, dia seorang penyanyi yang sangat baik, dia banyak tinggalkan nasihat-nasihat pada saya.
“Dia selalu pesan untuk jaga diri baik-baik, buat betul-betul jangan main-main dalam persembahan, kuatkan diri, semangat dan terus berjuang,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Sarah sekeluarga telah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Selepas itu, Sarah telah dikejarkan ke HUKM selepas tahap oksigen dalam tubuh badan menurun pada petang Rabu.
Kemudian, dia terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.
Pada Jumaat bertarikh 6 Ogos, Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Sekadar informasi, Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Foto: Instagram Ayu Damit, Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...