Drama Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak kini telah pun memasuki minggu akhir.
Drama terbitan JS Picture ini sering mendapat reaksi positif penonton dek kerana jalan ceritanya yang dikatakan sangat dekat di hati.
Bagaimapun, berbeza pula bagi individu ini apabila dia mempersoal pemilihan penerbit, Sheila Rusly yang memilih Ayda sebagai tunjang utama bagi drama ini.
“Aku tak faham apasal Sheila Rusly suka sangat ambil Ayda Jebat ni berlakon. Ayda Jebat ni sumpah tak best langsung.
“Ada ke followers aku dekat sini peminat Ayda Jebat? Gila takde taste korang,” tulisnya.
Melihat kenyataan tersebut, ini respon balas tuan empunya badan Ayda Jebat;
“Assalamualaikum awak.
“Taste orang lain-lain. Mungkin rezeki saya la kot.
“Nanti saya berlakon best best sampai awak suka ya. Insyaallah,” konsinya.
Respon tersebut dikongsikan tunang kepada pengacara, Nabil Mahir itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Ayda supaya usah mempedulikan komen individu tersebut selain turut meluahkan rasa teruja menjelang minggu akhir yang akan mula bersiaran hari ini.
Sumber: Twitter Ayda Jebat