Pelawak Ajak Shiro, ada memaklumkan isterinya, Afifah Amin yang tidak dapat menyembunyikan rasa sayu apabila mendapat khabar mengenai kematian salah seorang anak muridnya.
Menyifatkan Allahyarham Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith sebagai murid yang baik, Ajak menerusi posting di Instagram turut menambah, isterinya baru sahaja bertemu arwah pada sebelah pagi sebelum menerima berita kematian pada hari yang sama pada petangnya.
“Pagi semalam baru dia jumpa anak murid dia. Sebelah petang dapat khabar anak murid dia meninggal kemalangan.
“Dari semalam dia sedih. Sampai berbual dengan saya pun dia tersebut nama Arwah Kimi.
“Katanya Arwah seorang yang baik, murah senyuman, xpernah melawan guru. Itu yang buatkan Cikgu2 dia sedih bila dia pergi.
“Semoga ditempatkan bersama insan yang beriman. Al Fatihah Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith,” tulis Ajak.
Sementara itu, isterinya turut memuat naik foto hitam putih arwah bersama kapsyen yang cukup menjentik hati.
“Al-Fatihah buat anak muridku, Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith.
“Tenanglah dikau di sana. Baik tingkahlakunya. Tak pernah berkasar suara. Bila diusik senyum ke telinga.
“Semoga dipermudahkan dikau ke syurga. Ini gambar pagi sebelum kemalangan petangnya.
“Nanti tarik cikgu ke syurga yer nak,” titip Afifah.
Sementara itu pada ruangan komen, rata-rata pengikut Ajak dan isterinya turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga arwah seisi keluarga.
Foto: Instagram Ajak, Afifah Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI