
Terdahulu, pelakon Risteena ada memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi menerusi akaun Instagram miliknya.
Bayangan itu dibuat peminat apabila pelakon tersebut ada berkongsi entri mengenakan pakaian pengantin.
Menurut adik aktres tersebut, pelakon Ruhainies memaklumkan bahawa Risteena bakal membuat satu pengumuman istimewa kepada peminat pada 19 November depan.
Bagaimanapun, Ruhainies berkata tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai pengumuman tersebut kerana ia merupakan satu pengumuman rahsia oleh Risteena.
“I tahu tapi kena rahsiakan. Apa yang saya boleh cakap kita tunggu pada 19 November ini dan dia akan buat pengumuman kepada semua,
“Ya atau pun tidak untuk berkahwin saya tak berani nak cakap lebih-lebih sebab bukan saya yang nak kahwin, kalau saya nak kahwin saya dah beri tahu saya nak kahwin.
“Jadi kita tunggu sama-sama dan saya pun nak tahu juga apa yang dia nak umumkan sebab kakak saya ni suka berahsia dan buat kejutan, saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh nanti saya kena marah dengan dia,” katanya kepada MH.
Ruhainies ditemui ketika tayangan perdana filem Charlies Angels di TGV 1 Utama, pada Rabu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Dunia Ratu Cantik Ke Pentas Seni, Juhi Chawla Kini Bergelar Pelakon Wanita Paling Kaya Di India

Juhi Chawla telah muncul sebagai pelakon wanita terkaya di India dengan jumlah kekayaan sebanyak INR 4,600 crore atau bersamaan dengan $554 juta.
Ini meletakkannya di hadapan pelakon popular lain seperti Aishwarya Rai, Deepika Padukone, dan Priyanka Chopra sekaligus menjadikannya satu-satunya pelakon wanita India yang berjaya mencapai tahap sedemikian.
Hal ini disebabkan tiada pelakon wanita lain yang berjaya berjaya melepasi nilai kekayaan melebihi INR 1,000 crore.

Sebagai ikon Bollywood yang terkenal dalam era 90-an, wanita berusia 57 tahun ini terus berjaya bukan sahaja dalam dunia perfileman bahkan di luar biadang itu dengan mengembangkan kekayaannya melalui pelbagai jenis perniagaan.
Walaupun tidak lagi begitu aktif dalam dunia lakonan, pelaburan perniagaan yang strategik telah mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan golongan elit India.
Antara gerak strategiknya yang diketahui umum termasuklah pelaburan dalam dunia sukan seperti pasukan IPL Kolkata Knight Riders yang dimilikinya bersama suaminya, Jay Mehta dan pelakon lelaki terkenal, Shah Rukh Khan
Imbas kembali, wanita yang dilahirkan pada tanggal 13 November 1967 ini dinobatkan sebagai Miss India 1984 dan kemudiannya mewakili negaranya di pertandingan Miss Universe 1984.

Walaupun tidak berjaya memenangi gelaran Miss Universe, Juhi berjaya membawa pulang gelaran Best National Costume. Kerjayanya dalam dunia seni mula bersinar sebaik sahaja pertandingan ini.
Pada tahun 1995 dia berkahwin dengan Pengerusi Kumpulan Mehta, Jay Mehta dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Mereka berdua dikenali sebagai India’s Power Couple dan memiliki pelbagai asset mahal.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nabil Ahmad & Azad Jasmin Pun Turut Serta, Lebih 1,000 Kenderaan Dapat Minyak Free. Agihan Bernilai RM50,000 Rupanya Inisiatif Dr Azizan

Kira-kira 1,000 pengguna jalan raya dianggarkan menerima agihan minyak bernilai RM50,000 secara percuma buat orang ramai terutama golongan memerlukan di sekitar Lembah Klang, hari ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, agihan tersebut merupakan inisiatif mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika ramai didapati agak tertekan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan.
“Kami berharap pengagihan minyak ini di lima stesen minyak terlibat sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka.
“Usaha ini juga mendapat kerjasama selebriti seperti Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad) dan AG Azmeer serta pempengaruh, DD Chronicle yang juga prihatin kepada situasi dihadapi kebanyakan masyarakat masa ini,” katanya.
Lima stesen minyak terlibat adalah di Klang, Kota Damansara, Shah Alam, Bangsar dan Ampang.
Radz menambah, sedekah Jumaat itu juga serentak dengan program Nak Ubah Hidup: Kejayaan Bisnes dan Wang 2023 yang baharu dilancarkan dan bakal dikendalikan Azizan pada 4 hingga 6 Februari nanti.
“Azizan turut umumkan ‘50,000’ tiket percuma dalam tempoh 72 jam bagi membantu dan menyokong masyarakat terutama usahawan mengharungi isu dan cabaran sedia ada dan mendatang.
“Selepas tamat tempoh tiket percuma itu, ia akan dijual yang mana Nak Ubah Hidup merupakan program secara fizikal bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC),” ujarnya.
Jelas Radz, meskipun dikatakan 2023 akan lebih mencabar dan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia, masyarakat khususnya usahawan tak boleh leka dan perlu persiapkan diri.
“Sekitar tiga minggu lagi, kita akan masuk ke tahun baharu dan inilah sebenarnya masa untuk masyarakat bersedia.
“Misi kami turut nak menaikkan pendapatan rakyat dengan berniaga dan meningkatkan jualan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Ini Ujian Berat Untuk Saya Dan Fizo Hadapi,” – Mohon Allah Berikan Jalan, Mawar Akhirnya Buka Mulut

Isteri kepada pelakon Fizo Omar, usahawan Mawar Karim akhirnya tampil memberi reaksi berhubung isu rumah tangganya.
Menurut ibu kepada seorang mata ini, dia meluah perasaan melibatkan hal bagi menjaga hati banyak pihak.
“Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Mawar bagaimanapun mengakui ada hikmah di balik apa yang berlaku.
“Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi sy.
“Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2.Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita
Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah, sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya.
“kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna,” tulisnya.
Pada masa sama, usahawan ini lebih selesa untuk mementingkan soal komunikasi antara suami dan isteri.
“Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain.
“Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar,” kongsi Mawar lagi.
View this post on InstagramA post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on
Selain itu, Mawar turut memohon agar tidak dibuat sebarang spekulasi terhadap isu rumah tangganya kini. Katanya hanya dia dan suami saja yang tahu terhadap apa yang dilalui.
“Hanya saya & fizo saja tahu,rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami.
“Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita.
“Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam.
“Benar,semua mengimpikan kebahagian,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan,impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2.
“Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan.
“Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian,” kongsi Mawar panjang lebar.
Sebelum ini, bahtera perkahwinan pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang permata hati, Wan Maryam, dua tahun.
Foto: Instagram Mawar Karim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI