Penyanyi senior, Ayai Illusi enggan terasa hati dengan sikap segelintir peminat muzik masa kini yang sering memandang rendah dan mempertikaikan kredibiliti penyanyi-penyanyi yang sudah berusia.
Menurut Ayai atau nama sebenarnya
Zaharuddin Kamaruddin, peminat-peminat daripada golongan muda ini kurang didedahkan dengan pencapaian yang pernah diraih artis-artis senior satu ketika dahulu.
“Nak salahkan mereka pun tak boleh juga. Mereka tidak tahu dah tidak mengikuti pencapaian kami satu ketika dahulu.
“Mungkin mereka hanya tengok keadaan kami yang sekarang. Kemudian, bandingkan dengan penyanyi BBNU kesukaan mereka.
“Mereka tak tahu mengenai pengorbanan kami satu ketika dahulu. Pelbagai kesusahan yang kami lalui untuk bergelar artis yang disegani dan disayangi,” katanya kepada MH.
Ads
Pada masa sama, penyanyi lagu Puisi Cinta ini turut memaklumkan artis-artis di era 70-an dan 80-an ini harus melalui pelbagai cabaran di zaman yang serba kekurangan.
“Zaman kami dahulu, tiada teknologi yang canggih-canggih. Kami bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Senang kami pun tak sesenang artis sekarang.
“Buat konten di media sosial pun dapat duit. Zaman dahulu, walaupun kami berduit, nak beli telefon bimbit pun tak mampu. Kami buat persembahan pun pernah kena tipu.
Ads
“Tak macam artis sekarang. Nyanyi beberapa buah lagu, dapat berpuluh-puluh ribu. Kami dapat RM300 pun ambil juga.
“Zaman dahulu, nak berguru pun susah. Kita belajar melalui kawan-kawan. Bahasa mereka pula kasar. Kalau lambat tangkap memang kena maki,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ayai turut mengingatkan orang ramai untuk tidak terlalu taksub dengan artis pujaan mereka sehingga sanggup merendah-rendahkan orang lain.
Ads
“Buat netizen yang mencemuh artis-artis senior seperti kami, nantikanlah artis-artis yang anda puja mencapai usia seperti kami nanti. Adakah mereka dapat mencapai populariti sehingga usia seperti saya sekarang.
“Saya bersyukur dengan rezeki saya. Apa yang netizen nak cakap, itu hak mereka tapi fikir-fikirkanlah.
“Kalau kita minat pun, jangan terlalu taksub. Jangan cemuh orang lain. Kalau tak minat, diam sahaja. Saya kesian bila melihat artis lain dicemuh.
“Jangan kerana taksub, anda sebarkan kebencian di media sosial. Itu perbuatan yang tidak baik,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shukri Yahaya telah selamat menimang cahaya mata keduanya, sebentar tadi.
Berkongsi berita gembira itu menerusi satu posting di Instagram, bintang 7 Hari Mencintaiku 2 itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan bayi dan isterinya, Tya Adnan.
“Alhamdulillah, harini Isnin 20/7/20, jam 2.18pm lahirlah adik lelaki @aairaameena.
“Tq pada Uncles & Unties yang doa untuk kesihatan, keselamatan Mommy @tyaadnan and newborn baby ni, Harap allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yg mendoakan, amin,” tulisnya.
Malah, sepotong video pendek yang merakamkan sisi wajah permata hatinya itu turut menjadi perhatian wargamaya.
Pelakon Scha Elinnea menzahirkan rasa syukur kerana atas berkat doa keluarga dan usahanya, dia kini berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz A180 AMG yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000 pada usia 21 tahun.
Menurut pemilik nama lengkap Natasha Mohamed Mubeen kereta tersebut merupakan kereta idamannya dan mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu hasil berlakon.
“Saya tidak pernah membayangkan dapat membeli kereta idaman seawal usia ini. Alhamdulillah, saya mencapai satu lagi kejayaan dalam hidup. Semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan dan doa berterusan daripada ahli keluarga saya.
“Ini adalah hasil titik peluh saya berlakon. Selama dua tahun saya mula mengumpul duit untuk membeli kereta idaman ini. Apabila dapat beli, saya berasa puas dan berbaloi dengan kerja keras selama ini.
“Ini adalah kereta pertama saya. Sebelum ini kalau ke mana-mana memang tumpang kereta pembantu peribadi (PA) saja. Kiranya, kereta ini sesuai dengan saya. Tak besar dan tak kecil sangat,” katanya.
Selepas berjaya merealisasikan cita-cita memiliki kereta impian, Scha yang kini sibuk di lokasi drama Selamat Datang Cinta kini berhasrat untuk membeli rumah pula selepas ini.
“Tahun ini saya dapat beli kereta idaman, insya-Allah, kalau ada rezeki tahun depan saya menyasarkan untuk beli rumah pula.
“Tidak mengapa bekerja keras siang dan malam asal saja apa yang diimpikan dapat dibeli menggunakan hasil titik peluh sendiri,” katanya yang bakal menyambut 1 Syawal di Cyberjaya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Kilafairy tidak mahu mengulas lanjut mengenai soal perancangan lebih serius bersama kekasihnya, Sa’aid Umar Aiman. Malah, bintang ini turut menafikan dirinya sudah pun dilamar jejaka berkenaan.
Menerusi sedutan bersama program Melodi Ahad lalu, Kilafairy, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir berkata, cincin pemberian kekasihnya itu dipakai di jari manis tidak mempunyai maksud serius.
Bagaimanapun bintang berusia 28 tahun ini mengakui ada berbincang perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya dengan dia kami jenis yang ‘date’ untuk berkahwin. Kita bukan ‘date’ untuk main-main. Sudah tentu kita ada bercakap ke arah itu, tapi bila kita serahkan kepada pihak lelakilah.
“Sebab kita perempuan, segan pula nak cakap. Sejujurnya kita memang ada cakap mengenai perancangan yang akan datang. Tunggu sajalah, kalau nanti kalian akan tahu.
“Belum lagi. Ini (cincin) macam ‘choplah’. Ini saja macam biasalah…. ‘nah happy birthday macam tu’. Tapi perancangan itu ada, bila tu… Tunggulah,” katanya.
Kilafairy sebelum ini pernah berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil ini juga baru sahaja menjalinkan kerjasama dengan jenama Ufora dalam penghasilan produk lipmatte Ufora X Kilafairy dan sedang merancang untuk melancarkan lagu terbaru.
“Masih macam biasa, tawaran ini masih ada cuma kena pilih mana yang sesuai. Ditambah pula dengan situasi semasa. Kita sendiri nak pergi ke set penggambaran yang ramai orang pun ‘nervous’ juga. Cuma terpulang kepada saya untuk terima atau sebaliknya.
“Setakat ini semuanya berjalan lancar, Insya-Allah saya akan lancarkan single yang sudah pun dirakamkan. Tunggu masa sesuai,” katanya lagi.
Foto: Instagram Kilafairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...