Naqiu Tunjuk Taring Dengan Markah 85.75% & Dipuji Tok Ram, Cliff Umar Tercorot Raih 50.5%

Share

Minggu pertama All Star Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan Naqiu mengungguli saingan minggu pertama dengan markah sebanyak 80.75 peratus.

Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Boboy itu mempersembahkan lagu Naqiu Di Bawah Pohon Asmara, lagu asal nyanyian Jaclyn Victor dengan baik sekaligus menerima komen baik juri tetap Ramli MS.

Kedudukan kedua pula menjadi milik salah seorang peserta hot seat, Liza Hanim yang menyanyikan lagu popular Allahyarham Siti Sarah berjudul Jangan Kau Mimpi dengan 79 peratus.

Manakala Jaclyn Victor dan Nicky Palikat masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat.

Bintang Singapura Hady Mirza pula berada di posisi kelima dalam kalangan 16 peserta bertanding iaitu sebanyak 70 peratus.

Sementara Cliff Umar berada di kedudukan paling rendah dalam senarai markah iaitu sebanyak 50.50 peratus.

Berikut ialah senarai lengkap markah kesemua peserta ASGV pada minggu pertama saingan;

Terdahulu, enam peserta hot seat telah diperkenalkan iaitu Tomok, Ezad Lazim, Liza Hanim, Zamani Slam, Suki Low, dan Nicky Palikat, sekaligus melengkapkan senarai 16 peserta bertanding.

Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein pula bertindak sebagai hos sementara Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang pula di posisi juri tetap.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH