Memasuki usia kandungan peringkat kedua (second trimester), isteri kepada PU Abu iaitu Hana Azraa akui dirinya mempunyai banyak ragam.
Malah, Hana turut mengalami masalah seperti mudah penat dan tidak boleh berjalan dalam tempoh lama.
Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana ada yang sudi melayani karenah ibu hamil.
“Baru masuk second trimester tapi dia punya ragam dah macam macam. Tak boleh jalan lama sikit confirm penat.
“Nasiblah ada yg sudi melayan & memahami karenah mak buyung ni,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan semangat buat Hana yang sedang kini sedang berbadan dua itu.
Terdahulu, Hana memuat naik video ultra sound kandungannya awal bulan lalu.
Bagaimanapun, kontroversi perihal rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain Afini turut pernah mendapat perhatian ramai pada April lalu.
Abu sebelum ini menerusi perkahwinan terdahulu turut dikurnia seorang anak lelaki, Muhamad Adam Aysar yang kini berusia empat bulan.
Foto: Instagram Hana Azraa