Baru-baru ini, salah seorang anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsyddin ada memuat naik sepotong video yang mengundang tawa di kalangan para pengikutnya.
Rakaman video yang menyaksikan gurauan di antara seorang anak dan bapa itu hingga patah kerusi nyata menghiburkan ramai, apatah lagi apabila sibapa terkejut setelah digertak menggunakan pistol mainan dari si anak.
“Macam mana ni boleh terjadi? Belum tembak lagi…Ayah!,” tulisnya ringkas sambil menyatakan video yang dikongsi sudah pun mendapat keizinan dari si bapa sendiri.
Lalu, entri yang sudah pun mendapat lebih 70,000 tanda suka itu membuatkan para netizen terhibur dan tidak kurang yang memuji hubungan akrab di antara anak dan bapa meski ‘gurau kasar’.
Bagaimanapun, awal semalam bintang ini ada mendedahkan perbualan menerusi WhatsApp bersama bapanya.
Kandungan perbualan tersebut antara lain mengandungi pertanyaan Cik Manggis kepada bapanya apabila ada yang membayangkan dirinya seperti biadap dan tiada rasa hormat kerana mengejutkan bapanya.
“She’s my daugther, maksudnya aku kenal anak aku. Simpe as that,” jawab bapanya yang dipercayai menjurus kepada komen sesetengah netizen terhadap posting video tersebut.
Terdahulu, Cik Manggis yang sudah pun berkahwin turut mendapat pujian bersama rakan lain saat mempersembahkan lagu Bunga, nyanyian asal Altimet di Anugerah Juara Lagu ke-33 lalu.
Ads
Foto: Instagram Cik Manggis
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi kini sekali lagi hadir hadir dengan sebuah lagu runut bunyi terbaru berjudul Kesempatan Bagimu.
Lagu terbitan Nova Music Malaysia ciptaan gandingan komposer, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh bakal melatari drama 28 episod, Tercipta Satu Ikatan yang bakal bersiaran menerusi slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 Disember.
Sementara lirik lagu tersebut pula merupakan hasil karya Ikhwan Fatanna bersama Arisz Abd Rahman.
Berkongsi mengenai Kesempatan Bagimu, Adira memberitahu dia bersyukur atas peluang yang diterimanya dalam dunia nyanyian ketika ini.
“Ada ketika saya rasa bagai ada rahmat tersembunyi dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan hingga kini.
“Terutama terus menjadi pilihan menyanyikan lagu runut bunyi untuk drama TV. Tapi dalam hati kadang terbit juga rasa, orang tak jemu ke lagi lagi saya.
“Di saat ramai bakat baru dan yang sedia ada bersaing di pasaran, rezeki untuk menyanyikan lagu runut bunyi masih menyebelahi saya. Saya lihat semua itu daripada sudut positif sekali gus jadi penghormatan peribadi buat diri ini.
“Tahun ini saja sudah dua lagu runut bunyi saya nyanyikan. Sebelum ini, saya menyanyikan lagu “Maaf” untuk drama ‘Maaf Tak Indah’ yang menghiasi slot Samarinda TV3 pada bulan Februari lalu,” katanya.
Adira sebelum ini pernah bekerjasama beberapa kali bersama Ikhwan Fatanna.
“Lagu baru ini pun dirakam tanpa ambil masa yang panjang. Selain sudah faham rentak kerja dengan komposer, saya juga sudah dapat lagu ini lebih awal untuk berlatih.
“Kebetulan lagu baru ini pun berentak balada seperti yang sebelumnya. Tak saya nafikan jiwa ini lebih terarah menyanyikan lagu berentak balada dan melankonlik. Mungkin juga dalam ketegasan diri ini, kelembutan jiwa itu masih terserlah,” katanya lagi.
Sementara itu, Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan ini juga menjelaskan, dia secara peribadi tidak menganggap gelaran Ratu Soundtrack itu sebagai perkara membebankan.
“Kalau ada yang suka dengan lagu nyanyian saya melatari drama di kaca TV itu sudah cukup baik. Lagu soundtrack ini menyuntik dan menjentik emosi penonton dan jika ada yang terus memberikan gelaran Ratu Soundtrack kepada saya, saya okey saja.
“Saya bersyukur dengan pengiftirafan sebegitu. Bila difikir daripada skop yang lebih luas, ia semua peluang dan juga rezeki untuk saya kekal relevan di persada seni.
“Untung apabila lagu dipilih jadi runut bunyi kerana dalam tempoh siaran drama itu di kaca TV atau pelantar digital, ia akan terus dimainkan dan secara tak langsung akan cepat diingat. Jadi, selain radio dan laman maya, TV juga jadi ruang promosi yang baik,” katanya.
Pada masa sama, bintang kelahiran Ranau, Sabah ini turut akui menggemari lagu Kesempatan Bagimu.
“Selama menceburi dunia seni, saya sudah terbiasa untuk jatuh cinta dengan lagu nyanyian sendiri. Itu langkah pertama sebelum saya ambil mood menyerap emosi ketika lagu baru dirakamkan atau saat membuat persembahan.
“Tak kenal maka tak cinta. Malah, peluang bekerjasama dengan komposer sedia ada dan yang baru juga menjadi ruang terbaik untuk saya mencabar diri dan terus belajar menyanyi.
“Lebih 10 tahun jadi artis bukan alasan untuk saya terus memeluk tubuh dan rasa selesa dengan apa yang ada. Saya terbuka dengan apa saja yang boleh memberi pembelajaran baru dalam diri.
Dalam perkembangan lain, Adira juga sejak awal tahun ini menceburi perniagaan menjual barangan ‘bundle’ dan vintaj.
“Saya selesa mencuba nasib dalam bidang baru ini. Malah, kemungkinan saya akan buat siaran langsung menjual barang di laman sosial. Tak perlu malu pun, janji rezeki halal. Tak kisahlah siapapun kita.
“Di saat kita diuji dengan pandemik COVID-19 ini, ramai yang terkesan dan melibatkan diri dengan pelbagai perniagaan alternatif untuk bangkit semula meneruskan survival,” katanya.
Single terbarunya itu bakal esok, 25 Disember 2020 dan boleh distrim di semua pelantar muzik digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, YouTube Music, KK Box dan Deezer pada hari tersebut.
Malah siaran perdana video muzik rasmi single tersebut juga boleh ditonton pada hari yang sama jam 9 malam di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ di pautan ini https://youtu.be/knMLdKVtrQY.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pernah membina empayar perniagaan menerusi perniagaan salun rambut, Chez Hair Studio sejak lebih sedekad lalu, pemiliknya, Chez Hamdan, 36, akur ‘jodohnya’ tak panjang dengan cinta pertamanya itu.
Ini kerana, Chez atau nama sebenarnya, Halimi Hamdan itu terpaksa membuat keputusan menutup operasi salun terbabit, ketika tahun pertama pandemik Covid-19 melanda.
Bagaimanapun, Chez sebelum itu sudah berjinak-jinak dalam dunia jualan produk rangkaian penjagaan rambut termasuk jenamanya sendiri, Chez Professional.
Adat ketika ditimpa kesusahan dan berdepan segala pancaroba kehidupan, hidupnya yang hampir jatuh tersungkur turut dipandang sinis hingga ada teman yang selama ini pernah erat di sisi mulai menjauh.
Mujur bukan semua kawan atau insan rapat bertindak sedemikian. Malah sejak berkecimpung di arena dandanan rambut ini, Chez turut membina pengaruh dan dikenali teman selebriti.
Antara artis yang masih menyokongnya biarpun diuji itu ini seperti Datuk Fizz Fairuz, Nad Zainal, Ira Mohd Amin, Riena Diana, Mona Allen, Datin Anne Ngasri, Hairul Azreen, Norman Hakim, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah, Maria Tunku Sabri, Josiah Hogan, Izreen Azminda dan ramai lagi.
“Benar kejatuhan dan ujian ini akan buat kita kenal siapa kawan sebenar atau lawan. Yang hanya datang ketika kita mempunyai segala galanya dan pergi di saat kita diuji. Lumrah hidup. Kalau dikenangkan memang ia boleh buat saya bergenang air mata.
“Ini bukan drama atau dongengan. Tapi realiti yang benar benar terjadi. Bila senang, mungkin ramai mendekati kita. Tapi sebaliknya, akan ada yang pura pura tak kenal atau terus menjauhkan diri.
“Saya bukan membodek, tapi nama artis yang terus setia menyokong itu bukti pengaruh yang mereka miliki bukan atas kapasiti kerja glamor atau tuntutan kerja semata mata. Ada di kalangan mereka berstatus popular dan ramai peminat, tapi masih tebal dengan jiwa kemanusiaan,” katanya.
Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, di kalangan artis yang disebut tak lokek menyokong.
“Ada yang tanpa disuruh mempromosikan produk rambut saya secara percuma. Malah ada yang menyokong dengan membelinya.
“Saya percaya kebaikan mereka itu bukan satu paparandrama yang dibuat buat. Tapi mereka ikhlas. Seperti mana saya ikhlas bekerja dan menata rambut mereka sebelum ini, Alhamdulillah semua itu buat ukhuwah kami kekal terjalin.
“Tak kurang juga yang sanggup memanggil saya datang ke rumah mereka untuk melakukan perkhidmatan memotong rambut anak, keluarga atau diri sendiri,” katanya lagi.
Kata Pengarah Urusan Chez Professional itu lagi, pada awal pandemik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasa, dia pernah berfikir dapat menggunakan ruang duduk di rumah itu kononnya untuk berehat.
“Namun otak penat berfikir apa yang mahu dibuat demi survival. PKP berlanjutan. Saya sampai satu tahap tak boleh bernafas. Seperti dilanda serangan panik dan kebimbangan. Nak tidur pun fikir aliran duit keluar masuk.
“Mampukah duit simpanan bertahan dalam satu jangka waktu tertentu. Salun ditutup pun ada yang cakap saya jatuh bankrup. Sampai rumah penuh dengan kotak barangan penjagaan rambut,” katanya.
Lalu, keputusan menghentikan operasi salun di era pandemik juga menghamparkan hikmah tersendiri.
“Sedih pastinya bersarang ketika salun ditutup. Situasi ini bukan seperti hubungan dengan kekasih sampai jadi bolak balik nak menyelamatkannya. Saya tanya kawan termasuk di kalangan orang Cina, mereka cakap jika sudah terlalu lama berniaga, mungkin cari angin baru.
“Pandemik yang datang jadi klimaks untuk saya buat keputusan besar. Lepaskan sesuatu yang disayangi (salun) dan pertaruh diri ke bidang perniagaan barangan rambut yang belum pasti hujung pangkalnya.
“Tahun 2020 umpama satu turning point dalam hidup dan perniagaan. Mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba serbi aplikasi dalam talian,” katanya.
Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri Chez yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran.
“Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap gagap.
“Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu… tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah… belasah. Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa.
“Ketika itu, saya ambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran. Hujung bulan pertama pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya,” katanya.
Tahun lalu menjadi kemuncak untuk memastikan produk jenama Chez Professional terus mencipta fenomena.
“Setiap hayunan langkah saya, doa dan restu ibu bapa yang tiada hijabnya sentiasa mengiringi perjalanan ini. Mujur saya tak ada banyak sangat komitmen. Duit kereta pun sudah habis bayar. Bayaran rumah pun masih terkawal dan boleh dibayar.
“Isteri yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif juga memainkan peranan penting kerana campur tangannya menggunakan ilmu dan pengetahuan hal pengurusan amat berbaloi. Dulu duit berniaga dan gaji sendiri macam tak ada beza. Sekarang ia lebih sistematik,” katanya.
Rangkaian produknya dengan tagline ‘Your Home Your Saloon’ terdiri daripada tujuh produk yang merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambutdengan kualiti seperti di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.
Malah kini produknya ditambah baik menerusi perancangan Chez Upgraded 22.
“Sekarang kami nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik untuk menjadi agen memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini,” katanya.
Serentak dengan itu, kempen #duitdijari turut dilancarkan iaitu berniaga tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko untuk ‘dropship’. Malah usaha merekrut ahli agen elite juga berterusan.
Produk dipasarkan di bawah syarikat Chez Professional Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 21 November 2020 berpengkalan di Taman Melawati dengan sembilan pekerja.
Chez ketika ditemui pada majlis Chez Upgraded 22 turut memaklumkan akan kembali membuka salun rambut di sebuah lokasi baru di Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang bakal muncul menerusi single Jika Aku Tahu mendedahkan rakan-rakan baiknya sebelum ini masih ada berhubung.
Cuma buat masa sekarang, dia lebih gemar untuk beri fokus terhadap kerjayanya yang kini ‘baru’ bermula.
“Kawan-kawan baik saya semuanya ada lagi. Cuma sekarang saya lebih berhati-hatilah dalam pilih kawan. Cuma pada saat sekarang saya mahu fokus pada kerjaya, lebih daripada segalanya,” katanya kepada MH.
Ditanya siapakah individu yang banyak memberi dorongan untuk terus bangkit dalam dunia seni tempatan, bintang ini mengakui orang sekeliling banyak memberikan pengajaran.
Selebihnya, ia bergantung kepada diri sendiri.
“Diri saya sendiri. Orang lain hanya memberi pengajaran dan teladan untuk saya lebih berhati-hati. Misalnya pengalaman saya dengan netizen buat saya lebih berjaga-jaga, lebih matang dan mengenali diri.
“Saya kena jaga dan hormati orang lain juga. Kalau dulu mungkin saya tidak ambil serius dalam industri, tapi masih ada yang nampak akan diri saya,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Fathia kini kembali membuka akaun Instagram dan turut berkongsi beberapa foto terkininya.