Isu rumah tangga pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin dikatakan bakal ditentukan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, hari ini.
Jika benar, ia sekali gus akan memberi jawapan kepada persoalan mengenai apa kesudahan bahtera perkahwinan yang telah dibina hampir tujuh tahun pasangan sama cantik sama padan itu.
Pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dikatakan hadir ke mahkamah sama bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.
Bagaimanapun, Fattah memaklumkan dia terkejut apabila mengenai berita tersebut dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Jelas Fattah memetik laporan media, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.
Sementara itu, Fazura pula memilih untuk tidak merungkai lanjut mengenai perceraian yang difailkannnya itu.
Imbas kembali, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Arrora Salwa Buat Solat Istikharah, Cuti 4 Bulan Tanpa Gaji & Ambil ‘Glam Skuad’ Terbaik – “Setiap Minggu Kos Hampir RM2,000.”
Pramugari yang pernah popular menerusi lagu Ahmad, Arrora Salwa sanggup mengambil cuti empat bulan tanpa gaji semata-mata mahu menyertai program realiti, Gegar Vaganza 11 (GV11).
Menurut Arrora, rezeki berpihak kepadanya untuk sama-sama bersaing bersama 13 bintang lain tahun ini selepas dipelawa buat kali pertama untuk sertai program ini dua tahun lalu
“Saya pernah dapat tawaran untuk menyertai GV sejak 2022. Bagaimanapun saya menolak dengan cara baik memandangkan ketika itu kembali bertugas sebagai pramugari sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya mula berfikir sama ada nak kembali ikuti latihan kru penerbangan atau sertai GV. Saya siap buat solat sunat Istikharah, dan saya teruskan kerjaya di awan biru terlebih dulu.
“Saya beritahu kepada produksi, terpaksa tolak namun sekiranya ada rezeki ditawarkan lagi selepas ini, insyaAllah saya akan terima,” katanya.
Arrora berkata demikian ketika ditemui sejurus Sidang Media GV11 di Kuala Lumpur, pada Rabu.
“Nak dijadikan cerita, mereka panggil lagi tahun ini dan sekarang saya sudah berstatus pramugari tetap di Malaysia Airlines. Inilah peluang untuk saya dan saya ambil cuti panjang selama empat bulan.
“Jujurnya saya rindu untuk bertemu kembali dengan peminat dan rakan-rakan industri. Sebab saya dah lama tak muncul, buat persembahan.
“GV adalah satu pentas besar dan kebanyakan penyanyi lama mahu kembali bersaing. Jadi bila sudah dapat peluang, kenapa tidak untuk saya kembali aktif,” katanya yang kini mengikuti kelas vokal bersama penyanyi Idayu.
Berkongsi mengenai ‘glam team’ yang bakal menata rias dirinya sepanjang pertandingan, Arrora bersyukur kerana dia mempunyai pasukan terbaik.
“Kalau dulu saya ibarat ‘sedih menangis di bucu katil’, kali ini saya bersama beberapa individu yang akan memastikan saya tampak baik di atas pentas GV.
“Saya nak kembali jenamakan nama saya, tebus apa yang saya tak sempat lakukan sebelum ini. Dulu kesempatan itu hilang, jadi sudah tiba masa untuk saya dapatkan balik.
“Namun tidaklah terlalu berhabis, untuk persembahan mingguan, kos saya hampir RM2,000 sahaja. Alhamdulillah, saya tak sangka ramai rakan industri yang masih mengenali dan ingin bersama-sama menyokong saya,” katanya lagi.
GV11 akan berlangsung selama 12 minggu ini, dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse bermula pada 24 November dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mereka Cinta Hati Saya…,”- Rakam Foto Bersama, Anak-Anak Sumber Kekuatan Tya Arifin Dalam Kehidupan
Pelakon dan usahawan Tya Arifin bersyukur kerana sentiasa dimurahkan rezeki dariNya.
Malah, Tya yang juga menantu DS Siti Nurhaliza amat menyanyangi anak-anak kerana baginya mereka merupakan kekuatan untuk Tya dalam apa jua bidang yang diceburi.
“Merekalah cinta hati saya, kekuatan saya, alasan saya menjalani kehidupan , walaupun malem ini mereka tidur lambat.
“Jadi kita abadikan dengan gambar 🧡
“Seperti biasa ya buibu, gambarnya tak ada yang sempurna 😌🙈😅
“Oiya, Tya rasa dah lama tak outing dengan anak2, buibu ada idea kah nak bawa kids weekend ni kemana ya? Share plss,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
Tya merupakan pengusaha produk jamu kecantikan sering berkongsi gambar bersama keluarga dan aktiviti hariannya di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
View this post on InstagramFamily Potrait di hari Raya.❤️
A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
Untuk rekod, Tya berkahwin dengan Muhammad Asyraf Khalid pada 2015 dan dikurniakan dua pasang anak, Arif Jiwa, 3 tahun dan Azzahra Jiwa, 1 tahun.
Foto : Instagram Asyraf Khalid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“She Said Yes,”- Wow! Kapsyen ‘Sesuatu’, J.Lo Kini Tunangan Bekas Pemain Baseball Alex Rodriguez?
Hangat atmosfera seni dunia apabika bintang sensasi Hollywood Jennifer Lopez dikatakan sudah menjadi tunangan kepada bekas pemain baseball, Alex Rodriguez.
Pasangan ini masing-masing telah berkongsi sekeping gambar di laman media sosial Instagram.
Menariknya, gambar tersebut merakamkan Alex sedang memegang tangan J.Lo yang sedang memakai cincin sebagai tanda simbolik.
“she said yes…”tulisnya.
Menurut sumber lain, cincin yang diterima oleh penyanyi berusia 49 tahun itu bernilai hampir 5 Juta USD!
Apapun, kisah cinta penyanyi On The Floor ini bukan suatu hal baru, kerana J.Lo pernah beberapa kali dikaitkan dengan barisan lelaki kacak ini. Antaranya;
Sekitar tahun 1997, J.Lo telah berkahwin dengan seorang pelayan Cuba bernama Ojani Noa. Namun mereka telah bercerai pada awal tahun 1998.
Selepas itu, J.Lo yang ketika itu sibuk menyiapkan album pertamanya yang berjudul ‘On the 6’ dikhabarkan bercinta bersama penyanyi rap dan penerbit rakaman bernama Sean Combs sekitar tahun 1999.
Menyedihkan, apabila pasangan ini telah ditahan pihak berkuasa atas dakwaan memiliki senjata secara haram dan harta curi.
Pasangan ini dilaporkan berpisah selepas J.Lo telah dilepaskan oleh pihak berkuasa.
Sejurus itu, J.Lo dikhabarkan bercinta bersama dengan bekas penari bernama Cris Judd dan mereka telah berkahwin pada tahun 2001 namun perkahwinan itu tidak kekal lama, J.Lo dan Cris berpisah pada tahun 2002.
Tidak pernah mengalah, J.Lo telah menjalinkan hubungan bersama seorang berprofil status tinggi, Ben Affleck yang merupakan seorang pelakon dan pengarah. J.Lo dan Ben bertunang sekitar tahun 2002 dan telah merancang untuk berkahwin pada tahun 2003.
Mengejutkan, apabila Ben telah memaklumkan kepada media untuk menangguhkan tarikh perkahwinannya bersama J.Lo 4 hari sebelum hari perkahwinan atas alasan ada beberapa gangguan daripada pihak media.
Selepas beberapa bulan insiden itu, J.Lo sendiri telah mengumumkan secara rasmi bahawa dia telah berpisah bersama Ben.
Kemudian, J.Lo telah mendirikan rumah tangga bersama Marc Anthony yang merupakan seorang penyanyi pada tahun 2004. Mereka telah dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Maximilian David dan Emme Maribel pada tahun 2008.
Pasangan ini telah mengumumkan telah berpisah pada tahun 2011 dan telah menfailkan penceraian pada tahun 2012. Pada tahun 2014, pasangan ini telah bercerai secara rasmi.
Terkini, penyanyi J.Lo secara rasmi telah menjadi tunang kepada bekas pemain baseball Alex Rodriguez pada 9 Mac 2019. J.Lo dan Alex telah menjalinkan hubungan percintaan sekitar awal tahun 2017.
Terdahulu, Alex juga penah berkahwin bersama Cynthia Scurtis namun telah bercerai pada tahun 2018. Alex dan bekas isterinya dikurniakan 2 anak bernama Natasha dan Ella.
Sumber : Instagram J.Lo dan Twitter E! News
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI