Menerusi laman sosial pengurus Nubhan Ahamad, Intan Becky memaklumkan isteri kepada penyanyi Selamat Jalan Cinta, Dr Afifah Hidayah Tawfek telah selamat melahirkan bayi lelaki tepat jam 2.05 pagi pada 19 Januari lalu. 

Bayi seberat 3.4 kilogram itu telah dilahirkan secara normal. 

Isteri Nubhan Ahamad, Dr. Afifah Hidayah Tawfek telah selamat melahirkan bayi lelaki yg comel seberat 3.40kg dengan kaedah normal tepat jam 2.05 am 19.1.19. 

Bayi yg baru di lahirkan ini adalah anak kedua pasangan ini selepas mendapat anak sulong perempuan bernama Aafiya. 

Ads

Masih belum ada nama yang sesuai, baby ini hanya di gelar ‘baby cikmad’ . Terima kasih atas doa semua. Bayi dan ibu sihat. Terima kasih,” tulisnya. 

‘Nasib Tak Terkuek Kat Launching Abah Tadi’ – Dengan IzinNya, ‘Baby Cikmad’ Lahir Sejurus Nubhan Lancar Lagu Baru!

Ads

Nubhan yang secara kebetulan selesai melancarkan single terbaharu, Selama Jalan Cinta pada sehari sebelumnya. 

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aafiya Kamilia, satu tahun.

Ads

View this post on Instagram

Alhamdulillah selesai majlis pelancaran single terbaru saya “seamat jalan cinta” akan release di youtube esok jam 9pm. Thanks kepada semua yg hadir especially rakan media…terharu saya walaupun today agak byk event yg berlansung…namun majlis saya tetap penuh dihadiri oleh media2…kepada manager saya @intanbeckham thank you so much…u did great! Betapa saya sgt risau dan seriau sebelum majlis berlansung… kepada team @juwitadivinehq !!! You guys ohsem! Lets grow together…WAHAI @nubhans_squad !!! X dpt nk luahkan betapa gembiranya saya dpt jumpa kalian yg hadir tadi…x puas lg nk berkenalan…thank you sebab meluangkan masa dan tenaga dlm menjayakan pelancaran ni… much love❤️❤️❤️ to my love @fie_tawfek alhamdulillah baby dlm perut sgt2 memahami…dia xnak keluar harini ? dia nk kluar esok jugak…fuh! Selamat x terkuekkkk kat launching abah td ????ok now getting ready to the hospital. Esok abah timang adik @little_aafiya Yeayyyy!!! ❤️❤️❤️

A post shared by NEW “SELAMAT JLN, CINTA” (@nubhan.ahamad) on

Tahniah dari MH, semoga kehadiran cahaya mata baru ini memberi lebih kebahagiaan buat keluarga Nubhan. 

Foto : Facebook Intan Becky  & Instagram Nubhan Ahamad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI