Berita

Natalie Portman & Benjamin Millepied Bercerai Selepas 11 Tahun Mendirikan Rumah Tangga

Share

Desas desus mengenai kecurangan suami Natalie Portman akhirnya terlerai apabila pasangan ini dilaporkan sudah berada di penghujung proses perceraian.

Pasangan ini dilaporkan telah memulakan proses perceraian sekitar lapan bulan yang lalu selepas Natalie memfailkan kes di mahkamah pada Julai 2023.

Perpisahan di antara Natalie,42, dan Benjamin,46, akhirnya telah dimuktamadkan pada Februari 2024 di Perancis di mana itu lokasi mereka tinggal bersama dua anak mereka yang masing-masing berusia 12 dan tujuh tahun.

Kekecewaan Natalie tentang perkahwinannya dengan Benjamin bermula apabila hubungan mereka benrantakan pada tahun 2022 namun berjaya diselamatkan selepas mereka sama-sama mencapai kata sepakat.

Natalie memiliki dua cahaya mata bersama Benjamin.

Namun begitu, hubungan itu kembali bergoncang pada Jun 2023 apabila Benjamin dikatakan menjalin hubungan cinta dengan dengan pelakon berusia 25 tahun, Camille Etienne.

Selepas kecurangannya diketahui Natalie, Benjamin mencuba sedaya upaya untuk memenangi kembali hati isterinya itu, namun tidak berjaya.

Pasangan ini mula-mula berkenalan pada 2012 ketika mereka bertemu di set penggambaran The Black Swan.

Benjamin merupakan koreografer bagi filem tersebut yang menyaksikan Natalie memegang watak utama sekaligus menang kategori Pelakon Wanita Terbaik Oscar.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen