
Pelakon Natasha Hudson khabarnya sudah melangsungkan pernikahan buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor.
Difahamkan, majlis pernikahan di antara keduanya dilangsungkan pada Jumaat malam, seperti yang dipetik Mstar Online.
Majlis pernikahan telah diadakan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dalam sebuah majlis sederhana dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat.
Adik pelakon berkenaan, Tania Hudson turut memuat naik beberapa gambar pada majlis tersebut di Instastory, selain mengucapkan tahniah kepada kakak kesayangannya itu.
Oktober lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson, 36, mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal.
Perkahwinan tersebut hanya bertahan selama enam tahun dan hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.
Foto: Instagram Tania Hudson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] ‘Out Of The Box’ Ini Dia Fesyen Neelofa Yang Sentiasa Unik Tapi Tetap Trendy dan Stail, Super Love!

Sebut sahaja Neelofa mesti semua orang akan sinonim dengan kisah suksesnya dalam bisnes, selain gaya fesyen yang menjadi buah mulut ramai.
Katalah apa sahaja baik yang buruk arau sebaliknya, Dewi Remaja 2010 ini tidak mudah melatah.
Sebaliknya, dia lebih selesa relak tanpa mempedulikan kata negatif yang hanya menjatuhkan semangat.
Menarik kali ini, MH kongsikan beberapa gaya fesyen turban dan tudung Neelofa yang viral, lalu mencetuskan reaksi pelbagai netizen.
Sememangnyq unik dan ‘out of the box’ kan? Check it out!
Foto/Instagram: Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Beradik Berusia Antara 27 Hingga 20 Tahun Sebagai The Sara Sisters; Bintang Tik Tok Kini Jadi Artis

Rocketfuel Entertainment sekali lagi menerajui industri muzik tempatan dengan memperkenalkan sebuah kumpulan pop wanita yang terdiri daripada empat adik-beradik yang dikenali sebagai The Sara Sisters.
Mungkin ramai yang telah mengenali mereka sebelum ini sebagai bintang TikTok popular dan sering trendingmelalui konten-konten menarik yang dihasilkan.
Berasal dari Kuala Lumpur, The Sara Sisters terdiri daripada Sara Jasmin, 27, Sara Alia, 22, Sara Aqila, 21, dan Sara Qaleesya, 20.
“Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buat pihak Rocketfuel kerana sudi menyunting kami 4 beradik untuk menjadi artis di bawah naungan mereka.
“Semuanya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada tahun 2020 di mana kami sering menghasilkan video cabaran tarian di TikTok dengan mendapat banyak tanda suka sehingga mula dikenali ramai,” kata Sara Jasmin.
Kumpulan adik-beradik ini adalah yang pertama seumpanya di Malaysia kerana belum pernah ada sebuah kumpulan nyanyian dengan 4 orang bersaudara sekaligus.
“Ramai yang menyangka kami adalah quadruplet atau kembar 4 kerana memiliki raut wajah yang seakan-akan sama, namun hakikatnya setiap dari kami dilahirkan pada tahun yang berbeza.
“Mungkin kerana keistimewaan itulah kami menjadi perhatian sehingga dipelawa menjadi sebahagian dari keluarga besar Rocketfuel,” jelas Sara Alia pula.
Walaupun mereka mempunyai rupa yang seiras, masing-masing berperwatakan yang berbeza, Sara Jasmin lebih prihatin, manakala Sara Alia gemar berjenaka, Sara Aqila pula seorang yang happy-go-lucky, dan Sara Qaleesya mempunyai keyakinan yang tinggi.
“Kami sangat teruja dan tidak sabar untuk memperdengarkan single sulung yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
“Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan adalah semuanya bakal menjadi kejutan kerana kami mahukan sesuatu yang lain dari lain. Lagu pertama itu nanti bakal menjadi bayangan jenis muzik yang akan kami bawakan kelak,” kongsi Sara Aqila.
Selain bidang tarian dan nyanyian, The Sara Sisters sering menjadi duta jenama-jenama tempatan dalam mempromosikan produk mereka.
“Kalau boleh, kami mahu betul-betul fokus pada bidang nyanyian terlebih dahulu sebelum mencuba bidang lain seperti lakonan, pengacaraan dan lain-lainnya.
“Sebagai kumpulan 4 beradik yang pertama di Malaysia, kami akan buktikan pada semua yang kami juga mampu memberi saingan sihat pada girl group yang sedia ada,” terang Sara Qaleesya.
Menurut Feros Sayna selaku Ketua Rocketfuel Entertainment, The Sara Sisters mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
“Selain bersaudara, mereka mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan juga tarian, dan sekiranya digilap, mereka mampu pergi jauh.
“Semoga ini menjadi permulaan yang baik bagi mereka dalam mewarnai industri muzik tempatan dan menjadi kumpulan M-pop yang terkenal pada satu hari nanti,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Luangkan Masa Tulis Nota Ini,”- Hafidz Roshdi Tersentuh, Balas Dedikasi Sharnaaz Ahmad

Pelakon, Hafidz Roshdi tersentuh dengan pesanan yang dititipkan rakan artis, Sharnaaz Ahmad diatas dugaan yang sedang menimpa dirinya saat ini.
Jelas Hafidz, kata-kata semangat tersebut menjadi motivasi untuk menempuh fasa sukar didalam hidupnya itu.
“As Salam Bro Sharnaaz, terima kasih banyak-banyak sahabatku kerana telah meluangkan masa untuk menulis nota yang sangat bermakna bagi menjalani proses ini,” tulisnya
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Pusaka itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Hafidz turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat dirinya selama ini.
“Saya sangat tersentuh. Tidak lupa juga kepada rakan selebriti, rakan-rakan, peminat, ahli keluarga dan media yang sentiasa mendoakan baik-baik buat Hafidz.
“Hanya Allah SWT dapat membalas jasa kalian,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi satu hantaran di Instagram Story pada Selasa, Sharnaaz mendoakan agar Hafidz dapat kembali sembuh seperti sedia kala seterusnya memperbaiki semula segala kesilapan di dalam hidupnya.
Malah, Sharnaaz turut menyeru para pengikutnya untuk tidak menghantar komen-komen berbaur kebencian terhadap Hafidz.
Pada 13 Mac lalu, Hafidz telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan Nurul Shuhada dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor pada 2 Mac lalu.
Hafidz mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib.
Mahkamah memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri dan pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak pada 28 Mac ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI