Pelakon Natasha Hudson khabarnya sudah melangsungkan pernikahan buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor.
Difahamkan, majlis pernikahan di antara keduanya dilangsungkan pada Jumaat malam, seperti yang dipetik Mstar Online.
Majlis pernikahan telah diadakan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dalam sebuah majlis sederhana dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat.
Adik pelakon berkenaan, Tania Hudson turut memuat naik beberapa gambar pada majlis tersebut di Instastory, selain mengucapkan tahniah kepada kakak kesayangannya itu.
Oktober lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson, 36, mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal.
Perkahwinan tersebut hanya bertahan selama enam tahun dan hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.
Foto: Instagram Tania Hudson