Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera, mengesahkan mengenai majlis pertunangannya yang tular sejak dua hari lalu dan ia bukan gimik sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Menurut Sera, 31, majlis pertunangannya dengan lelaki berusia 38 tahun itu berlangsung di kediaman keluarga bapa saudaranya, di ibu kota.
“Netizen fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang ‘breakout’,” katanya, lapor Harian Metro.
Berkongsi mengenai fasa seterusnya, Sera memaklumkan dia dan tunang akan melangsungkan pernikahan tahun depan.
“Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan. Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” katanya.
Sera pada masa sama turut mengharapkan agar bakal suami dapat menerima dia dan keluarganya seadanya.
“Saya harap dia dapat terima anak-anak saya dan keluarga saya. Saya baru beberapa bulan mengenalinya. Anak-anak pun okay dengannya dan dah luangkan masa bersama,” katanya lagi.
Imbas kembali, Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.
Perkahwinan mereka bagaimanapun berakhir selepas kedua-duanya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, 22 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI