Eh apa dah jadi? Dalam keseronokan Nedim akan menimang cahaya mata bersama Nora Danish, tiba-tiba meluahkan kekecewaan yang terbuku dalam hatinya mengenai anaknya, Mohamed Nedrin.
Terdahulu, Nedim Sujak Nazri Aziz pernah memfailkan tuntutan hak menjaga anak secara bersama dengan bekas isterinya Nabilah Khan Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Bee Khan.
Sebelum ini Nedim pernah meuahkan kekecewaannya apabila tidak dapat menghubungi serta bercakap dengan anaknya sendiri.
Nedim turut menjelaskan bahawa dia bukannya menuntut hak penjagaan sepenuhnya tetapi mahu hak menjaga anaknya secara adil dan bersama.
Namun, menerusi insta story miliknya baru-baru ini terlihat dia seolah-olah tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya termasuklah ibunya.
“Sekarang semua dah tahu kan? Ok hari ni ibu saya pergi lagi pagi tadi, jangan sampai saya post yang baru pula. Dengar cara ibu saya cakap dengan lembut tapi masih berkeras, i would not let thid go ! I won’ trust me!”
“Jangan fikir sakit hati hang je, sakit hati saya jauh lebih besar hang main-mainkan anak dan IBU saya.” Tulisnya di laman tersebut.
Selain itu Nedim juga berkata bekas isteri sanggup membuat ibunya tertunggu di luar mahkamah semata-mata ingin melihat cucunya. Malah, sudah tiga bulan dia dan ibunya tidak dapat melihat Dre apatah mendengar suara si kecil itu.
MH harap perkara ini dapat di atasi segera dan Nedim dapat berjumpa dengan anaknya yang dirindui selama ini. Bak kata pepatah air yang dicincang tak akan putus, samalah seperti hubungan Nedim dan anaknya.