Kemunculan pengacara dan usahawan, Neelofa tampil berkerusi roda sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei menimbulkan spekulasi di kalangan peminat mengenai tahap kesihatannya.
Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, tiba di negara tersebut bersama suaminya, pendakwah bebas, PU Haris Ismail, 27, yang menolak kerusi roda dinaiki isterinya itu.
Pasangan itu difahamkan mengunjungi Brunei bagi memenuhi undangan majlis bual bicara motivasi.
Video yang dikongsikan oleh seorang peminatnya itu kemudian menjadi tular di aplikasi TikTok.
Menjenguk di ruangan komen, rata-rata peminat melahirkan kebimbangan tahap kesihatan Neelofa selain ada juga yang meneka kemungkinan besar selebriti popular itu kini sedang hamil cahaya mata kedua.
“Kenapa tu Neelofa, tak sihat ke?
“Neelofa okay ke tu? Berkerusi roda, semoga sihat-sihat selalu.
“Mengandung lagi ke Neelofa?
“Rasa Neelofa mengandung lagilah sebab memang perasan perut dia macam besar lately tapi nak cakap, takut silap.
“Firast kita kata Neelofa hamil,” tebak sebahagian netizen.
Namun akhirnya persoalan itu terjawab apabila laman Instagram peminat setia Neelofa iaitu @lofa.world sudah menjelaskan kenapa bekas pengacara MeleTOP itu berkerusi roda.
“Guys, Neelofa okay je, Alhamdulillah. Tiba-tiba gastric cramps tapi tiada yang serius pun. Semua dah okay dan terima kasih risaukan Neelofa. Jangan buat andaian sendiri tau,” tulis penggendali akaun tersebut.
Sekadar info, Neelofa berkahwin dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia 10 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.