Usahawan dan selebriti, Neelofa berdoa agar perkahwinan yang baru dibina bersama suami, Haris Ismail dirahmatiNya selalu, seterusnya dapat mempupuk keduanya agar menjadi pasangan yang baik.
Neelofa,32, turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan yang baik-baik.
“Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina, dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan juga suami,” katanya.
Ditanya sama ada dia mahu berehat seketika sejurus diijab kabul, bekas hos program hiburan, MeleTOP ini menjelaskan dia masih ada beberapa komitmen yang perlu diselesaikan.
Ads
“Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berehat sementara kerana banyak hal bisnes yang perlukan pemantauan saya walaupun selepas majlis berlangsung.
“Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan.
“Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga,” katanya lagi.
Ads
Ditanya bagaimana caranya dalam membuat persiapan perkahwinan, Neelofa mengakui dia banyak bertanya selain membaca demi menambah ilmu.
“Betul, selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat, banyak nasihat yang diberikan dan insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan.
“Dalam masa sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelas-kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga,” katanya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Neelofa menambah dia dan Haris juga bakal meneruskan fokus bersama Markaz Tijaari selepas ini.
“Untuk kolaborasi projek, kami fokuskan Markaz Tijaari terlebih dahulu. Selain itu, untuk pelan jangka masa panjang pula, kami juga merancang untuk memperkenalkan produk- produk lain di bawah jenama tersebut, insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, Neelofa,32, selamat bergelar isteri kepada Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz pada Sabtu pagi. Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Foto: Instagram Neelofa (wedlocx.co)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Malu apa Bossku’ ungkapan popular yang sering meniti di bibir rakyat Malaysia.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter dengan nama Jepi telah memuatnaik sebuah klip video memaparkan sekumpulan pelajar kelas berbangsa Korea menyebut ‘Malu Apa Bossku’ sambil ketawa.
Nampaknya ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ sudah mula ‘menjajah’ masyarakat luar. Tak mustahil satu hari nanti ianya akan dikeluarkan dalam bentuk lagu.
Untuk makluman, sebutan ‘Malu Apa Bossku’ mula menjadi popular selepas video pendek yang tular menampilkan seorang pemuda bersama Datuk Seri Najib. Pemuda tersebut menyebut ‘bosku’ dan disambut Najib dengan ‘malu apa bosku.’
Foto – Twitter Jepi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Istimewa buat penggemar drama Korea, anda kini boleh menyaksikan siri yang paling memberi impak dan mendapat sambutan, The World of the Married mulai esok menerusi platform penstriman dimsum entertainment.
Dekat dengan jiwa penonton, The World of the Married mengisahkan tentang seorang doktor bernama Ji Sun-Woo yang memiliki sebuah kehidupan yang hampir sempurna.
Sungguhpun memiliki segala-galanya, namun Ji Sun-Woo bagaimanapun mengesyaki bahawa suaminya, Lee Tae-Oh main kayu tiga.
Hal ini kerana, Ji Sun-Woo terjumpa pelembab bibir berona merah di dalam kocek jaket suaminya.
Benar seperti yang dijangka, Ji Sun-Woo mendapati bahawa suaminya itu sedang berlaku curang. Lebih memburukkan keadaan, suaminya selingkuh dengan rakannya sendiri. Sejak daripada itu, kehidupan mereka suami isteri mula berubah.
Untuk rekod, The World of the Married merupakan adaptasi drama siri dari Britain, Doctor Foster yang pernah disiarkan di BBC One pada tahun 2015 dan 2017.
Doctor Foster dibintangi oleh Suranne Jones dan Bertie Carvel
Tersedia untuk distrim bermula 1 Mei 2020, The World of the Married membariskan pelakon-pelakon popular seperti Kim Hee-Ae, Park Hae-Joon, Han So-Hee dan Park Sun-Young.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azlan Typewriter berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan dirinya setelah mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas alami patah tulang kaki dan buku lali, pada September lalu.
Kongsinya menerusi satu entri di akaun Instagram, Azlan atau nama lengkapnya Nor Azlan Rosle Sallehudin memberitahu keadaan kakinya kini sudah semakin sembuh.
Meski belum baik sepenuhnya, namun penyanyi berusia 39 tahun itu kelihatan sudah kembali berkerja selepas dilihat hadir ke sesi latihan untuk sebuah program nyanyian.
“Alhamdulillah kaki dah semakin sembuh. Simen tak pakai lagi dah, tapi kena pakai kasut Eskimo pula. Soundcheck yang agak terkucil mungkin sbb duk umah lama tak praktis haha #suaraviral2.0 #astro …,” tulisnya.
Serentak dengan itu, Azlan turut menitipkan ucapan kepada semua yang telah mendoakan dirinya agar kembali sembuh dan pulih seperi sedia kala.
“Terima kasih pada @aina_itam beri kepercayaan dan sokongan yang kuat tq juga pada @indigitalmusic. Terima ksih juga kepada semua yang mendoakan kesembuhan semoga allah merahmati, respect!!!,” tulis Lan lagi.
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.