Neelofa Cuba Untuk Mengislamkan Saya,”- Masa Tu Saya Dah Islam Kata Michael Ang. Neelofa Pula Dah Dapat Hidu!

Share

Kisah penghijrahan pengarah drama, Michael Ang yang sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu telah mendapat perhatian ramai.

Dalam pada itu, Michael ada berkongsi pengacara dan model, Neelofa yang dikatakan pernah cuba untuk mengajar ilmu agama Islam kepada Michael.

Menerusi video Official Ria X dalam episod Chit-Chat With Michael Ang, dia juga telah membongkar kisah hijrahnya dengan pengacara MeleTOP itu.

“Bila saya pergi set, saya akan tanya orang dan saya juga dikelilingi pelakon-pelakon Islam.

“Saya ni jenis pembersih, bila kat set saya akan tangguh solat sebab panas dan rasa melekit. Kalau boleh, bila sampai rumah, saya nak bersih dan mandi,”kata Michael.

Dalam pada itu, Neelofa juga ada berkongsi rutin hariannya di awal pagi sebelum memulakan kerja.

“Pagi2, saya bukak zikir pagi. Sambil makap, sambil zikir. Biar kita cari masa, bukan masa cari kita.

“Tapi bila waktu Zohor, ambil air sembahyang akan rasa segar dan akan hilang rasa melekit tu,” kongsi Neelofa.

Mengimbas kembali isu hangat diperkatakan netizen ketika majlis pelancaran tudung Neelofa, ini ceritanya.

“Saya ingat lagi bila orang hentam Michael apabila dia menyuarakan pendapatnya mengenai majlis pelancaran tudung Neelofa di sebuah kelab malam di ibu kota. 

“Orang yang alim itu bukan berdasarkan pada penampilan dan pakaian seseorang, tapi ia sebenarnya terletak dalam hati seseorang itu,” jelas pengacara MeleTOP itu.

Malah, Michael turut mendedahkan bahawa Neelofa pernah cuba untuk mengislamkan Michael.

“Ingat tak masa kita kat Rome shooting tu, kita ada buat video., u kata “I nak Islamkan you” dan sebenarnya masa tu, saya dah Islam,” kata Michael.

“Masa tu saya pun dah nampak hints dan saya selalu kacau u,”balas Neelofa terkejut. 

Ikuti kisah penghijrahan dua selebriti ini menerusi video dibawah.

Published by
Amynur Akmal