Selepas tiga hari mendirikan rumah tangga dan ketika kisah perkahwinan mereka masih lagi diperkatakan, tular pula foto di media sosial yang mendakwa pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail selamat tiba di Pulau Langkawi.

Menerusi Twitter, seorang penggunanya ada memuat naik tangkapan skrin satu posting dari laman Facebook yang memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah sedang jalan beriringan, dipercayai baru sampai ke pulau peranginan berkenaan.

“Betul ke ni? (selamat tiba di Pulau Langkawi). Kalau betul, happy honeymoon,” tulis pengguna Twitter terbabit.

Neelofa Dan Suaminya Haris Ismail Didakwa Sampai Ke Langkawi? Tular Di Media SosialSementara itu, menerusi Facebook pula, seorang pengguna turut berkongsi beberapa keping fotonya bersama pasangan pengantin baru itu sambil meletakkan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

IKLAN

Neelofa Dan Suaminya Haris Ismail Didakwa Sampai Ke Langkawi? Tular Di Media Sosial

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai gambar-gambar tersebut.

IKLAN

Malah setakat ini, tiada sebarang muat naik dikongsi di media sosial masing-masing mengenai perkara itu.

IKLAN

Sabtu lalu, pasangan tersebut selamat diijabkabul dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan ahli keluarga usahawan itu akan dipanggil memberi keterangan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahannya, baru-baru ini.

Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan bekas hos program MeleTop itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN sehingga mendapat reaksi ramai.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI