Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa bersedia untuk menjawab segala spekulasi yang dikaitkan dengannya hari ini.
Memetik Awani, figura terkenal berusia 31 tahun itu dijangka mengeluarkan kenyataan media sekitar pukul 8 malam ini.
Perkara tersebut dipetik menerusi pengurusnya, Shawn Amer sebagai berkata, pihaknya sedang menyiapkan kenyataan media untuk diedarkan kepada wartawan hari ini juga.
“Pihak kami sedang menyiapkan kenyataan. Kami akan edarkan kepada rakan-rakan wartawan. Saya harap anda semua dapat bersabar sebentar,” katanya.
Ditanya bagaimana keadaan pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor, Shawn berkata, artis berkenaan dalam keadaan yang sangat tenang.
Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai status hubungan Neelofa dan PU Rizz mulai diperkatakan netizen menerusi media sosial dan menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter berikutan beberapa tangkap layar yang dimuat naik ibu adik-beradik bekas pengacara MeleTop itu di Instagrammenjadi viral.
Malah, rata-rata netizen memuat naik kembali tangkap layar tersebut lalu membuat spekulasi mengenai status hubungan pasangan personaliti berkenaan.
Sumber: Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHRecap Ini Cerita Artis Semalam, Raja Illya Sah Bergelar Isteri & Lana Nordin Selamat Timang Anak Kedua. Lagi?
- Raja Illya Sah Bergelar Isteri, Semakin Cantik Dan Berseri
Pelakon cantik, Raja Ilya, 33, mengesahkan dirinya sudah sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37, pada 23 Disember lalu.
Majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Ia dilakukan secara tertutup dan dengan diharidiri ahli keluarga dan kenalam rapat sahaja.
Artikel penuh di :
Sahkan Diri Sudah Bergelar Isteri, Raja Ilya Pohon Doa Peminat
2. Lana Nordin Selamat Lahirkan Anak Kedua, Suami Iqamat Di Telinga Anak
Pelakon Lana Nodin dan suami, Mohd Daud McKienzie baru saja mengumumkan berita gembira apabila Lana sudah pun selamat melahirkan zuriat kedua mereka.
Lana memaklumkan perkara itu menerusi video di Instagramnya.
Dalam pada itu, Lana turut rasa terharu apabila suaminya turut iqamatkan anak mereka yang baru lahir. Artikel penuh di :
3. Kumpulan SLAM Bagi Hint Buat Konsert, Sempena Ulang Tahun Ke-25!
Kumpulan Slam hari ini mengumumkan ulang tahun penubuhan kumpulan tersebut sudah mencecah dua dekad.
Dalam pada itu, gitaris kumpulan Slam iaitu Shah turut memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan konsert tahun depan bagi menghargai peminatnya.
Artikel penuh di :
4. Misi fatin Afeefa Sudah Berjaya, Mahu Pinggang Saiz 24 Inci!
Pelakon Fatin Afeefa berasa bangga dan teruja apabila dia telah berjaya mendapatkan saiz pinggang 24 inci seperti yang diidamkan selama ini.
Artikel penuh di :
5. Miley Cyrus Sudah Berkahwin Dengan Liam Hemsworth, Tahniah!
Miley Cyrus dan Liam Hemsworth akhirnya sah menjadi suami isteri dalam satu majlis tertutup pada Ahad lalu.
Miley tampak anggun mengenakan gaun berona putih sementara Liam mengenakan sut berwarna hitam.
Artikel penuh di :
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sangat Bersyukur Alhamdulillah,” – Yaya Zahir Kongsi Wajah Anak Sulung, Ramai ‘Geram’ Mata Bulat Baby Atheer!
Selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Atheer pada 11 April lalu, pelakon dan pengacara, Yaya Zahir akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya itu kepada netizen.
Yaya atau nama sebenar, Zuhairah Zahir, 32, berkongsi beberapa foto terbaharu Atheer di laman Instagram miliknya.
“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkannya, sangat-sangat bersyukur, Alhamdulillah. Hello uncles and aunties,” tulis Yaya di ruangan kapsyen.
Bekas hos program hLive! ini juga turut membuka akaun Instagram untuk Atheer yang kini telah mengumpul hampir 1,000 pengikut setakat artikel ini ditulis.
Akaun berkenaan dikendalikan oleh Yaya dan suaminya, Arriz Azim.
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan-rakan artis mengirimkan ucapan tahniah kepada Yaya di atas kelahiran anak sulungnya itu.
“Bombastic, side eyes gambar yang kedua. Alhamdulillah, tahniah Yaya dan suami,” komen pelakon dan pengacara Sherry Alhadad.
“Bulatnya mata Atheer,” titip pelakon Eyka Farhana.
“Comelnya diaaaa!” tulis pelakon Meerqeen.
“What big round eyes you have baby Atheer!” coret pelakon Zahirah Macwilson.
“Tahniah! Dia sangat comel!” komen pelakon Catriona Ross.
Untuk info, Yaya berkahwin dengan Arriz yang merupakan seorang juruterbang pada 9 Ogos 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Arwah Ketiga-Tiga Mereka Diampuni Dan…,” – Jenazah 3 Beradik Lemas Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad, PU Azman Titip Doa
Kisah tragis tiga beradik yang meninggal dunia selepas dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, pada 5 Syawal lalu nyata menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Jenazah ketiga-tiga beradik itu telah selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang.
Berita tersebut menerima pelbagai reaksi dari orang ramai, termasuk PU Azman yang turut menitipkan doa buat tiga anak muda yang telah pergi mengadap Illahi.
Sambil memetik hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, perkongsian tersebut dizahirkan penceramah bebas itu menerusi Instagram.
“Pilu. Doakan mereka dan keluarganya semoga tabah.
“Kejadian tiga beradik mati lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong.
“Mereka ialah Khalif Naim, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas.
“Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.
“Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah. Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga.
“Semoga mereka mendapat syahid.
“Maksudnya : “Orang yang mati syahid 5 golongan, iaitu mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah” (Bukhari Muslim),” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on
Terdahulu Sinar Harian melaporkan tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan. Al-Fatihah…
Foto: Instagram PU Azman, Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI