Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan dia masih lagi solo sekaligus menyifatkan tindakan pengacara dan usahawan, Neelofa yang seolah-olah memberi bayangan dirinya sudah mempunyai kekasih adalah gurauan semata.
Baru-baru ini, Neelofa, menerusi sesi siaran langsung di Instagram, mengusik dengan cuba mendedahkan pangkal nama kekasihnya.
“Lofa (Neelofa) tu main-main saja,” katanya ringkas, memetik Harian Metro.
Malah Sufian, 30, menambah, buat masa ini dia masih sendiri tanpa ada teman istimewa di sisi.
“Tak ada pun sebenarnya. Ketika itu kami sedang dalam penggambaran, lepas tu saya bagi tahu mengenai ‘crush’. Kemudian Lofa mengusik.
“Hakikat sebenar saya memang tidak ada sesiapa pun lagi. Masih lagi membujang dan mencari,” katanya lagi.
Ditanya sejauh mana kebenaran dia bercinta dengan seorang selebriti wanita seperti dakwaan peminat, Sufian yang juga popular dengan lagu Di Matamu menafikan perkara terbabit.
“Yang kata dengan selebriti pun tak betul. Tidak. Itu hanya gurauan semata-mata. Tiada selebriti atau orang biasa pun buat masa ini,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.