Tiga selebriti terkenal, Neelofa, Marsha Milan dan Cik B antara 13 wanita luar biasa yang diiktiraf sebagai penerima Anugerah Ibu Zain 2025, sebuah penghargaan berprestij yang mengangkat pencapaian wanita dalam pelbagai bidang.

Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dianugerahkan Anugerah Wanita Inspirasi, manakala Marsha menerima Anugerah Wanita Kesenian atas sumbangan mereka dalam industri masing-masing.

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B pula menerima Anugerah Wanita Muda atas kejayaannya bergelar usahawan pada usia belia.

Ads

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam Festival The Muslim World Women’s Summit: Voice of H.E.R dan Anugerah Ibu Zain 2025. Turut hadir pada acara itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Nicol David Terima Anugerah Tertinggi

Selain Neelofa dan Marsha, antara penerima lain ialah legenda skuasy negara, Datuk Nicol David, yang menerima anugerah tertinggi, Anugerah Voices of H.E.R, atas pencapaiannya dalam dunia sukan dan pengaruhnya di peringkat global.

Turut menerima anugerah ialah:

Ads

Datuk Pandelela Rinong – Anugerah Wanita Kesukanan
Chaya Sulaiman – Anugerah Kesukarelawan
Dr Nur Haliza Abdul Wahab – Anugerah Wanita Teknologi
Shamsiah Abdul Rahman – Anugerah Ibu Mithali
Dr Rafidah Abdullah – Anugerah Wanita Kesihatan
Siow Lee Chan – Anugerah Wanita Istimewa
Che Siti Noraini Nuawi – Anugerah Wanita Keusahawanan
Datuk Dr Hartini Zainuddin – Anugerah Wanita Perundangan
Tina Tajuddin – Anugerah Wanita Pendidikan

Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang TertinggiAnugerah Mengangkat Legasi Ibu Zain

Anugerah Ibu Zain 2025 merupakan acara kemuncak festival tersebut, yang bertujuan menghargai sumbangan wanita luar biasa dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, keusahawanan, kesihatan, perundangan, sukan dan kesukarelawanan.

Ads

Anugerah ini dinamakan sempena Tan Sri Hajjah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain), seorang pelopor pendidikan dan hak wanita di Malaysia. Ia menjadi simbol ketabahan, kepimpinan dan kecemerlangan wanita dalam membentuk masa depan negara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI