Usahawan dan hos, Neelofa menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya bakal bertunang atau menamatkan zaman bujang tahun depan sebagaimana yang dikatakan sesetengah pihak.

Neelofa,30, berkata, tiada sebarang perbincangan dilakukan membabitkan ahli keluarga mengenai perkara terbabit.

“Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu. Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

“Buat masa sekarang saya dalam perancangan untuk mengembangkan kerjaya seni di Indonesia sekali gus ia menyangkal gosip yang timbul,” katanya.

Pengacara program MeleTop itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut kolaborasi bersama jenama antarabangsa Giuseppe Zanotti di Pavilion, pada Khamis.

Ads

Menurut Neelofa lagi, gosip terbabit timbul kemungkinan disebabkan usianya yang kini mencecah 30-an.

“Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekulasi.

Ads

“Tiada sebab untuk saya berahsia mengenai kehidupan peribadi. Kalau ada seseorang, saya akan kongsikan.

“Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok. Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai kolaborasi dengan jenama kasut antarabangsa berkenaan, Neelofa yang menjadi antara selebriti terawal Asia yang tampil dengan kerjasama eksklusif itu meluahkan rasa syukur.

Ads

“Saya bersyukur dan teruja atas peluang serta rezeki ini. Ini adalah hadiah bermakna dalam hidup saya kerana saya adalah peminat jenama kasut berkenaan.

“Malah saya sendiri sudah lama menggunakannya. Tak sangka peluang ini datang daripada pemilik jenama ini baru-baru ini ketika terokai beberapa projek di luar negara,” akhiri Neelofa.

https://www.instagram.com/p/B5cUHbQpsCm/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI