Perkongsian video pendek yang dikongsikan usahawan, Neelofa nyata mencuri perhatian ramai.
Siap bersolek, mengenakan baju sedondon lengkap dengan aksesori tas tangan sambil mengenakan kasut mewah, penataan gaya figura ini meski hanya untuk buang sampah nyata buat ramai terhibur.
Hakikatnya, apa yang ingin dikongsikan Neelofa ialah promosi koleksi Naelofar dan Naelofaraya 2020, yang dilancarkan hari ini.
“Taking out the trash these days made fabulous with a new collection dropping tomorrow, 17th April! @naelofar#naelofaraya2020 #quarantinelife,” tulis Neelofa pada ruangan kapsyen pada video yang dimuat naik.
Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan meninggalkan komen pada entri berkenaan.
Sehingga kini, ia suda pun ditonton lebih 700,000 kali bersama ribuan komen yang ditinggalkan.
Foto: Instagram Neelofa