Baru sahaja memperkenalkan Lofa Brand, Neelofa mengumumkan pula mengenai projek kerjasama bersama pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.

Semurni namanya, Makna By Lofa merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suara  figura asal Kelantan itu sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran.

“Sebelum ini, semasa membaca al-Quran, saya akan membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat. Namun, kebanyakan buku yang saya ada ditulis dalam bahasa Inggeris.

Neelofa ‘Pinjamkan’ Suara Sampaikan Maksud Ayat Suci Al-Quran Dalam Bahasa Melayu, Moga Makna By Lofa Beri Manfaat

“Jadi, inisiatif untuk mewujudkan Makna By Lofa menerusi aplikasi Muslim Pro adalah disebabkan kekurangan maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.

Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar.

“Bacaan maksud surah-surah Juzuk Ammar merupakan fasa pertama Makna By Lofa.

“Insya-Allah, selepas ini, kita akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga iaitu bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran,” kongsi Lofa lagi.

IKLAN

Neelofa ‘Pinjamkan’ Suara Sampaikan Maksud Ayat Suci Al-Quran Dalam Bahasa Melayu, Moga Makna By Lofa Beri Manfaat Neelofa ‘Pinjamkan’ Suara Sampaikan Maksud Ayat Suci Al-Quran Dalam Bahasa Melayu, Moga Makna By Lofa Beri Manfaat

Usahawan dan hos MeleTOP ini turut menambah, dia sangat gembira kerana perjalanan menggerakkan Makna By Lofa dari awal hingga setakat ini dipermudahkan.

“Mewujudkan laman khas ini tidak mengambil masa yang lama, sekitar sebulan selepas idea dicetuskan.

“Saya berasa bersyukur kerana segala perjalanan dipermudahkan,” katanya.

Sekali gus, Neelofa berharap agar Makna By Lofa dapat memberi manfaat khususnya kepada mereka yang ingin belajar tentang maksud pada setiap ayat al-Quran.

IKLAN

“Semoga apa yang Lofa kerjakan bersama Muslim Pro ini dapat dimanfaatkan semua, insya-Allah,” ujarnya.

Pengguna boleh mencari laman khas Makna By Lofa dengan mudah menerusi gambar Neelofa yang digunakan sebagai ikon.

Laman khas tersebut tidak hanya untuk pengguna di Malaysia, tetapi boleh diakses oleh semua 74 juta pengguna aplikasi Muslim Pro dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Pengurus Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din berkata, bintang berkenaan merupakan selebriti terawal yang meminjamkam suaranya bagi bacaan maksud dalam ayat suci al-Quran.

Neelofa ‘Pinjamkan’ Suara Sampaikan Maksud Ayat Suci Al-Quran Dalam Bahasa Melayu, Moga Makna By Lofa Beri Manfaat

IKLAN

“Neelofa merupakan individu pertama yang meminjamkan suara bagi bacaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Melayu.

“Justeru, pengenalan Makna By Lofa juga dapat membantu pengguna Muslim Pro sedia ada atau yang baharu untuk memahami al-Quran dengan lebih mendalam.

“Sebenarnya, kami telah lama merancang untuk berkolaborasi dengan Neelofa. Jadi, apabila peluang ini muncul, kami berasa sangat teruja. Selain itu, Neelofa juga memberi komitmen yang sangat baik walaupun sibuk,” jelas Emir.

Aplikasi Muslim Pro dan Makna By Lofa boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play Store.

Dalam perkembangan lain, Neelofa kini sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan haji. Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah ibu dan dua adik lelakinya.

Neelofa ‘Pinjamkan’ Suara Sampaikan Maksud Ayat Suci Al-Quran Dalam Bahasa Melayu, Moga Makna By Lofa Beri Manfaat

Foto: Terima kasih Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI