Neelofa Sahkan Kini Hamil, ‘Half Way To Go’ Katanya

Share

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa akhirnya mengakui dirinya sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua.

Neelofa, 34, berkata dia memilih untuk berkongsi mengenai perkara itu susulan ramai yang mulai melihat perubahan fizikal pada dirinya.

Malah Neelofa berkongsi, kehamilannya kali ini lebih mudah berbanding anak pertama dahulu.

“Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Usia kandungannya kini sudah ‘half way to go’.

“Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih lagi lagi. Tapi syukur semua mendoakan saya,” katanya kepada MH.

Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran Warisan Neelofar di KL East Mall, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Neelofa juga tidak kisah mengenai jantina anak kedua dan kini sedang melakukan persiapan bagi menyambut cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Dari anak pertama lagi saya dan suami memang tidak kisah mengenai gender anak, memadai jika bayi dalam keadaan sihat dan baik.

“Syukur, setakat ini saya tidak ada alami alahan yang teruk. Memandangkan ini pun sudah anak kedua. Jadi sudah saya sydah biasa dan lebih mudah untuk mengatur semuanya,” jelasnya.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH