Neelofa & Suami, PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP PKPB

Share

Selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke dalam sebuah kedai karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Muhammad Haris atau PU Riz pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dan pertuduhan tidak memakai pelitup muka ketika berada di kedai karpet berkenaan.

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’.

Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Kes akan disebut semula pada 4 Jun depan.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Sumber: Utusan Online, Sinar Harian

Published by
MH