“Bil rumah, sewa, air, api, grocies dan semua memang saya tak pernah sentuh sejak saya berkahwin…”
Demikian pendedahan daripada selebriti dan usahawan, Neelofa yang mengakui setakat ini dia tidak mengeluarkan wang untuk membayar keperluan rumah seperti bil air dan barang dapur sejak berkahwin dengan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Perkara tersebut disampaikan menerusi sebuah sesi podcast dan Neelofa ada menyentuh bagaimana suaminya itu menjaga nafkah serta tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
“Bil rumah, sewa, air, api, grocies dan semua memang saya tak pernah sentuh sejak saya berkahwin sebab itu tanggungjawab dia untuk menyediakan rumah, tempat tinggal, makanan, pakaian.
“Kadang-kadang saya pergi beli susu anak ke, pergi beli barang-barang nak masak… ikan, ayam semua kan. Dia akan tanya mana bil?
“Kalau kata saya tak minta dengan dia atau nampak plastik dekat dapur dia akan tanya ‘you pergi beli barang? Jangan buat macam ini, sebab bahagian ini I kena bayar’,” kata Neelofa.
Ads
Sementara itu, Nora Danish yang menjadi tetamu di dalam siri podcast berkenaan sempat mencelah, tumpang rasa gembira dengan kehidupan Neelofa.
“Seronoknya kehidupan macam tu,” reaksi Nora.
Menerusi sesi sama, Neelofa antara lain turut menjelaskan mengapa perlu seorang isteri itu perlu menghormati suami.
“Kenapa perempuan (isteri) kena ikut suami? Kenapa kena minta kebenaran? Kena kena hormat (pada suami)?
Ads
“Sebab bila masa kita jadi anak perempuan, tanggungjawab semua itu di atas ayah kita yang menyediakan semua benda.
“Dan kemudian, seorang lelaki ini akan datang ambil kita ni, dan kemudian bawa duduk di bawah tanggungan dia.
“Jadi rumah, pakaian, makanan, perlindungan… semuanya di bawah tanggungjawabnya.
“Jadi kita berhak memberi hormat kepadanya untuk dia pimpin keluarga. Sebab itulah kena tunduk pada suami,” jelasnya.
Ads
Dalam pada itu, Nora berpendapat, melainkan suami tidak berapa mampu, barulah isteri boleh membantu.
“Okay ini apa yang saya tahu, apa yang Haris bagi tahu saya sekiranya suami itu tidak mampu mana… sakit ke, tak mampu ke kan.
“Atas persetujuan bersama,” respon Neelofa .
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nana Sheme mendedahkan dia sememangnya sudah lama menyipan hasrat untuk melebarkan sayapnya bagi menceburkan diri di dalam dunia lakonan.
Bagaimanapun, menurut Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 26, jika diberikan peluang, dia sebolehnya mahu menimba ilmu terlebih dahulu supaya dia lebih bersedia sebelum melangkah ke set pengambaran.
Katanya lagi, persediaan merupakan aspek yang sangat penting supaya tidak kelihatan kekok atau ‘kayu’ sewaktu menjayakan sesebuah watak.
“Nana dah lama dah pendam ni. Ingin sangat nak try berlakon. Cuma kalau boleh nak masuk class dulu, ambik ilmu so takda la kayu kan.
“Jadi supporting ke, boleh gain experience hehe. Kalau ada sesiapa yang tahu any acting classes or ada casting boleh share dengan Nana okay?,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Hantu Atau Buaya itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelas penyanyi asal Kuching, Sarawak itu lagi, dia juga bersedia untuk menyertai mana-mana kelas lakonan dan sesi ujibakat (casting) bagi mengasah bakatnya sebagai seorang pelakon.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi positif selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat Nana berlakon di kaca televisyen.
“Nak sangat tengok Kak Nana jadi pelakon dekat drama.
“Semoga dipe segala usaha.
“Kami lihat Nana memang ada bakat. Teruskan berjuang.
“Jangan, nanti kalau Nana berlakon saya tak boleh nak jauh daripada tv,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, selain bergelar penyanyi, Nana juga turut aktif menerusi saluran Youtube miliknya iaitu Nanasheme.
Malah, baru-baru ini juga, Nana turut telah menerima ‘silver play button’ daripada pihak YouTube setelah berjaya meraih lebih 100,000 subscribers.
Pengacara senior, Datuk Aznil Haji Nawawi atau sinonim dengan panggilan Pak Nil telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Apa yang menarik, video tersebut memaparkan Pak Nil bertemu dan melawat pelakon dan pelawak dari Singapura, Alias Kader.
“Hari ini #paknil cuba menjejaki penghibur Singapura Alias Kader. Atas bantuan beberapa orang rakan termasuk wartawan Berita Harian Spura, Hanim, Paknil bertemu dgn beliau.”
“Mula2 Paknil mencari dia ditempat beliau bekerja di majlis org kahwin tapi sebab terlalu ramai orang dan tak mahu menganggu beliau bekerja, Paknil tunggu beliau di Hotel Royal Plaza lepas dia bekerja.”
“Nantikan video penuh pertemuan kami di IGTV nanti. Video oleh @_padel_ dan video #osmo oleh @acmalibrahim” tulisnya.
Lantas, video yang dimuat naik oleh Pak Nil itu menjadi perhatian peminat. Malah, lawatan Pak Nil itu mendapat pujian dari peminat Malaysia dan Singapura.
Sebelum ini, pelawak dari singapura itu terpaksa memotong dua jari kaki kiri akibat menghidap penyakit kencing manis pada tahun 2017.
Menyedihkan lagi, selepas pembedahan itu, Alias terpaksa pula memotong bahagian bawah lutut kaki kirinya.
Oleh itu, Alias kini terpaksa memakai kaki palsu untuk berjalan. Namun, kesihatan Alias kini semakin pulih.
MH turut mendoakan supaya Alias Kader diberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik.
Video : Instagram Pak Nil & Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Bollywood, Ranveer Singh mengejutkan peminatnya apabila tampil berani menjayakan sebuah sesi fotografi tanpa seurat benang bersama majalah popular terbitan Amerika Syarikat.
Ranveer turut berkongsikan beberapa siri gambar menerusi sesi tersebut di laman Instagram miliknya.
Dalam salah satu foto itu, kelihatan pelakon filem Bajirao Mastani itu sedang meniarap di atas permaidani tanpa seurat benang dengan bahagian punggungnya jelas terdedah.
Isteri Ranveer yang juga merupakan pelakon terkenal, Deepika Padukone dikatakan tidak kisah dengan keputusan berani suaminya tampil berbogel untuk majalah itu.
Menurut sumber yang rapat dengan pasangan itu, Deepika terlebih dahulu telah melihat gambar itu sebelum ia diterbitkan.
Malah, Deepika turut memuji hasil bidikan jurufoto yang telah mengambil gambar ‘ikonik’ suaminya itu.
Dalam temubual bersama majalah itu, Ranveer berkata dia langsung tidak mempunyai masalah untuk menayangkan tubuh badan kepada umum.
“Saya tidak kisah berbogel di hadapan ramai orang, saya tidak kisah dengan tanggapan mereka pada saya.
“Ia cuma mereka sahaja yang jadi tidak selesa (melihat Ranveer bogel),” kata Ranveer.
Untuk rekod, Ranveer, 37, dan Deepika, 36, mendirikan rumah tangga pada November 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!