“Bil rumah, sewa, air, api, grocies dan semua memang saya tak pernah sentuh sejak saya berkahwin…”
Demikian pendedahan daripada selebriti dan usahawan, Neelofa yang mengakui setakat ini dia tidak mengeluarkan wang untuk membayar keperluan rumah seperti bil air dan barang dapur sejak berkahwin dengan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Perkara tersebut disampaikan menerusi sebuah sesi podcast dan Neelofa ada menyentuh bagaimana suaminya itu menjaga nafkah serta tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
“Bil rumah, sewa, air, api, grocies dan semua memang saya tak pernah sentuh sejak saya berkahwin sebab itu tanggungjawab dia untuk menyediakan rumah, tempat tinggal, makanan, pakaian.
“Kadang-kadang saya pergi beli susu anak ke, pergi beli barang-barang nak masak… ikan, ayam semua kan. Dia akan tanya mana bil?
“Kalau kata saya tak minta dengan dia atau nampak plastik dekat dapur dia akan tanya ‘you pergi beli barang? Jangan buat macam ini, sebab bahagian ini I kena bayar’,” kata Neelofa.
Sementara itu, Nora Danish yang menjadi tetamu di dalam siri podcast berkenaan sempat mencelah, tumpang rasa gembira dengan kehidupan Neelofa.
“Seronoknya kehidupan macam tu,” reaksi Nora.
Menerusi sesi sama, Neelofa antara lain turut menjelaskan mengapa perlu seorang isteri itu perlu menghormati suami.
“Kenapa perempuan (isteri) kena ikut suami? Kenapa kena minta kebenaran? Kena kena hormat (pada suami)?
“Sebab bila masa kita jadi anak perempuan, tanggungjawab semua itu di atas ayah kita yang menyediakan semua benda.
“Dan kemudian, seorang lelaki ini akan datang ambil kita ni, dan kemudian bawa duduk di bawah tanggungan dia.
“Jadi rumah, pakaian, makanan, perlindungan… semuanya di bawah tanggungjawabnya.
“Jadi kita berhak memberi hormat kepadanya untuk dia pimpin keluarga. Sebab itulah kena tunduk pada suami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Nora berpendapat, melainkan suami tidak berapa mampu, barulah isteri boleh membantu.
“Okay ini apa yang saya tahu, apa yang Haris bagi tahu saya sekiranya suami itu tidak mampu mana… sakit ke, tak mampu ke kan.
“Atas persetujuan bersama,” respon Neelofa .
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini