Hos dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa memilih untuk berdiam diri seterusnya tidak mahu ambil tahu mengenai dakwaan yang kononnya dia menjadi orang ketiga berhubung isu tular melibatkan PU Riz dan seorang wanita, baru-baru ini.
Menurut Neelofa, dia tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan dan lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi melibatkan dirinya.
“Saya tak tahu dan tak ambil kisah. Sebolehnya, saya tak mahu tambah kerisauan tentang hal itu. Saya sekat diri dari benda-benda yang tidak sepatutnya. Secara baik, tidak ada apa yang boleh saya komen tentang perkara tersebut.
“Mengenai peribadi pula, saya juga tidak bercerita banyak kerana bimbang ia boleh makan diri.
Ads
“Bagi saya, tidak perlu untuk buka aib sendiri begitu juga dengan orang di luar sana. Kalian mempunyai media sosial dan adalah lebih baik jika tidak terlalu mendedahkan hal peribadi.
“Jujurnya, ini bukan perkara baru yang saya dengar apabila ada yang mengaitkan saya dengan seseorang sebelum ini, tapi saya tak ambil kisah,”katanya
Neelofa ditemui di pelancaran butik terbaharu Naelofar di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Ads
Sementara itu, bekas pengacara MeleTOP ini membuat keputusan untuk tidak terlalu terbuka bercerita mengenai kisah hubungan peribadinya dengan mana-mana individu.
Ini kerana, hal serius melibatkan perhubungan sebagaimana yang diperkatakan masih belum pasti dan Neelofa meminta orang ramai untuk menghormati keputusannya itu.
Ads
“Sehingga sampai akad kalau nak kongsi sikit-sikit okay, malah dalam Islam, ikatan bertunang pun tidak sesuai untuk dihebohkan.
“Apatah lagi, hubungan yang tak ada ikatan. Jadi, tolong hormati keputusan saya untuk tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi,” ujarnya.
Terdahulu, bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Rizz iaitu Amal Syahmina tampil memuat naik satu kenyataan selepas menerima pelbagai kecaman susulan tindakannya mempertikaikan tindakan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda terbabit.
Tidak semena-mena nama Neelofa dikaitkan oleh netizen meski status yang ditulis gadis berkenaan tidak menyebut nama mana-mana pihak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Apabila semakin dekat untuk menyambut bulan aidilfitri, pasti ramai selebriti yang turut sibuk mempromosikan baju raya koleksi masing-masing.
Misalnya bintang jelita, Nelydia Senrose ada berkongsi satu video ketika dia sedang mempromosikan baju raya koleksinya, Impian by Nelydia.
Posting berkenaan dikongsikan adik kepada Uqasha Senrose ini menerusi Instagram.
“Dengar cerita baju @impianbynelydia ni dah nak habis kat @starvilion ??? Oh no! To those yang yang tak shopping baju raya lagi,
“jom shopping sama-sama with me kejap lagi kat @starvilionshah alam pukul 9-11 malam ok? Nely will give banyak banyak discount k? Seee you #impianbynelydia #starvillion”tulisnya.
Bagaimanapun, posting yang dimuat naik oleh pelakon berusia 23 tahun itu telah menerima kecaman daripada netizen.
Dalam pada itu, bintang pelakon drama bersiri Setia Hujung Nyawa dilihat ada membalas kata sinis kepada salah seorang pengguna media sosial yang tempelaknya.
Bersempena ulang tahun kelahiran ke-4 anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad, pelakon Sharnaaz Ahmad telah menitipkan doa serta pesanan ‘padu’ daripada seorang bapa kepada anaknya menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Berkongsi tarikh lahir sama dengan Jebat, Sharnaaz juga telah menginjak usia 37 tahun pada Selasa.
“Selamat ulang tahun anakku. Saya turut bertambah usia pada tarikh sama dengan kamu, anakku. Kasih sayangku padamu juga semakin bertambah setiap hari.
“Boy (Jebat) nak jadi kuat macam baba. Boy, baba kuat sebab kamu. Siapa baba hari ini adalah kerana kamu.
“Terima kasih atas kasih sayang yang tidak terhingga dalam setiap saat hidupmu,” tulis Sharnaaz yang memuat naik beberapa koleksi gambarnya bersama putera hati menerusi video yang dikongsikannya itu.
“Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”
“Assalamualaikum ,saya baby Ibrahim Jibriel .harini hari ke-7 saya dilahirkan .doakan saya menjadi anak yg soleh dan sentiasa di dlm perlindungan Allah swt,” tulisnya.
Terdahulu, Fad dan Syaheera telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan bernama Nur Aminah Mishall.
Foto: Instagram Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!