Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa berlapang dada untuk berdamai dengan rakan artis, Nur Fazura kerana sudah penat melalui dakwaan konflik hubungan dingin yang berpanjangan.
Menurut Neelofa, 34, sudah tiba masanya situasi berkenaan diletakkan titik nokhtah kerana sudah berbelas tahun peminat masing-masing sering mengeluarkan reaksi pelbagai hingga berbalah.
“Bila saya fikir balik, sudah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.
“Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama.
“Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan,” katanya.
Hos Next To Neelofa itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Air Minuman Moma x Neelofa di Le Meridien Hotel, pada Khamis.
Tambahnya lagi, masing masing kini pun telah berkeluarga.
“Saya percaya, dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi, saya pun dah tak larat nak lalui.
“Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami
Ditanya sama ada Neelofa sedia untuk bertemu empat mata dengan isteri kepada Fattah Amin, katanya;
“I would love to meet her”, katanya.
Terdahulu, kemelut kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.
Malah baru-baru ini, seorang individu dipercayai peminat tegar Neelofa didakwa menyindir Fazura dengan mendakwanya membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia, bulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini