Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi foto suami, Haris Ismail atau PU Riz yang sedang bergurau senda dengan anak sulung mereka, Muhammad Bilal.
Video pendek itu dikongsikan pemenang Dewi Remaja 2010 menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Malah, ia turut dikongsikan Neelofa di dalam TikTok dan setakat ini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka selain ditonton jutaan kali.
@neelofa
“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dgn keluarga, travel & of cos berniaga,” tulis Neelofa di dalam video sama.
Bagaimanapun, akses ruangan komen tidak dibuka oleh belas hos program MeleTOP ini.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz yang juga pendakwah bebas itu pada 27 Mac 2021 seterusnya menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada 29 Januari lalu.
Sejak dilahirkan ramai peminat ternanti-nanti untuk melihat wajah penuh Bilal, namun Neelofa memilih untuk menutup muka anaknya itu jika memuat naik gambar di media sosial sebelum ini.
Malah sebab dia mengambil keputusan sedemikian juga telah diperjelaskan sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/lKzn6GUIO-8
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aidil Memang Cakap Nak ‘Baby Boy’ Pula…,” – Fasha Sandha Tak Tolak Rezeki Andai Hamil Lagi, Tapi…
Aktres Fasha Sandha mengakui suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz berhasrat untuk memiliki cahaya mata lelaki selepas anak mereka, Aisha Amaira kini mencecah usia dua tahun.
Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan mendedahkan dia belum bersedia untuk sekali lagi berbadan dua.
“Saya memang sukakan kanak kanak sejak zaman anak dara lagi. Dulu kalau ada masa lapang, saya sanggup angkut anak jiran bawa jalan ke sana ke sini.
“Tapi sekarang, cukuplah dulu ada tiga anak. Nak tambah lagi anak… lambat lagi. Aidil memang cakap nak ‘baby boy’ pula tahun ini.
“Tapi sejujurnya, saya belum bersedia. Saya sibuk dengan komitmen seni dan duta produk,” katanya yang baru sahaja dilantik sebagai duta produk atau pengguna setia produk serbuk Vitamin C Gebu Glow.
Kakak kepada pelakon Elisya Sandha itu bagaimanapun tidak menolak sekiranya diberikan kesempatan untuk memiliki permata hati lagi selepas ini.
“Tapi andai Tuhan beri rezeki hamil lagi, saya terima. Saya baru 37 tahun. Mungkin sebelum masuk usia 40, saya boleh beranak lagi. Mujur suami memahami,” katanya.
Berkongsi mengenai sisi kerjaya seninya, Fasha tidak menafikan soal menjaga disiplin dan komitmen kerja sebagai antara resipi sukses yang diamalkan sejak 16 tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerjaya seni. Mungkin juga kerana saya bermula sebagai seorang model sejak usia 18 tahun.
“Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4 atau 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula bertugas memulakan solekan dan sebagainya.
“Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya.
Bintang filem Cicakman itu turut, dia juga berkongsikan tips dan nasihat sama kepada adiknya.
“Saya selalu ingatkan Elisya supaya jaga waktu. Jika dia terlambat, dia akan memberi kesan kepada nama saya. Tetapi Alhamdulillah, Elisya sangat mendengar kata.
“Saya juga selalu berpesan kepadanya supaya jangan berlagak diva. Ada rezeki lebih belanja kru makan. Itu cara juga untuk disenangi ramai,” katanya.
Dilantik sebagai duta produk diusahakan adik beradik, Wawa dan Awien itu, Fasha mengakui memuji usaha mereka yang mahu membantu golongan wanita khususnya termasuk suri rumah dan ibu tunggal.
“Saya dan adik beradik sebelum ini hidup susah melihat pergelutan mama membesarkan kami sendirian tanpa ayah di sisi. Mama terpaksa kerja siang dan malam untuk menyara kami hingga jadi orang berguna.
“Saat teringat kenangan lalu, saya terpanggil membantu mereka (Wawa dan Awien). Mereka pun tak boleh bayar tinggi sebab nak tolong agen bergelut di era pandemik. Saya okey kerana faham niat mereka yang nak bantu.
“Jadi awalnya saya tak letakkan harga kebiasaan kerana niat nak tolong. Cuma saya minta mereka jangan dedahkan harga dipersetujui. Segala galanya dipermudahkan hingga mereka melantik saya jadi duta.
“Pada akhirnya kalau sebut perihal ibu tunggal, saya teringat perjuangan mama. Saya pun pernah jadi ibu tunggal, tapi perjalanan dan liku hidup kami berbeza. Mama jadi inspirasi. Kalau ada duit lebih, kongsi dengan orang susah dan ia sangat berkat,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Get Your Fact Right, Dekat Sini Jaga Lebih Baik Dari Anak,”- Dilabel Kejam Kerana Main Dengan Ikan Lumba-Lumba, Ini Respon Nelydia Senrose
Ketika ini, pelakon, Nelydia Senrose sedang menikmati percutian sambil bekerjanya di Dubai, UAE.
Kalau semalam kecoh netizen mengatakan mengenai aksinya yang gayat saat melakukan sesi penggambaran di kemuncak bagunan tinggi, kali ini Nelydia ini dikritik gara-gara mengisi masa dengan ikan lumba-lumba.
View this post on InstagramA post shared by @ nelydiasenrose on
Perkongsian Uqasha itu bagaimanapun telah dikecam netizen kerana menyifatkan pelakon tersebut seperti menyokong aktiviti penderaan terhadap binatang.
Memberi reaksi terhadap tuduhan tersebut, Uqasha tampil memberikan penjelasan. Katanya, ikan lumba-lumba di sini dilayan begitu baik dan berbeza dengan dakwaan yang dilemparkan segelintir pihak.
“Get your fact right first okay and do some research. Kat sini jaga lebih baik dari anak.
“Not here. They’re free here. Please tengok atlantis dolphin bay. They’re not like the rest,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap respon Uqasha itu.
Sebelum ini, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa turut pernah dikecam gara-gara isu sama.
Foto: Instagram Nelydia Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyerang JDT Syafiq Ahmad kemalangan, Bayi & Ibu Mertua Meninggal Dunia
Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, telibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Bakap, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku apabila kenderaannya dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, difahamkan ibu mertuanya, dan Titik Sukamti, 30-an.
Muhammad Syafiq, 25 tahun, dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2 tahun, cedera ringan namun isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah, memetik laporan Awani.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.
Sebaik tiba, pihaknya mendapati sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam remuk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.
“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu.
“Pasukan bomba dengan PPE lengkap kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan.
“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.10 pagi.
“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber/Foto : Awani/Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang & Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI