Minggu lalu, ketika kawan MH tengah lepak-lepak manja sambil menikmati kopi paling sedap di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, matanya dua kali memandang figura wanita ni.

Meski hanya tampil polos dengan hanya mengenakan baju-T sambil ditemani seorang lelaki, ternyata individu yang dimaksudkan ialah  pelakon cantik, Nelydia Senrose.

Meski tidaklah lama kelibat pelakon tersebut berada di sekitar kafe hotel berkenaan, tetapi kawan MH ada terdengar perbualan mereka dengan wakil hotel terbabit.

IKLAN

Khabarnya tengah ‘usha’ dewan untuk majlis kahwin yang akan dilangsungkan tidak lama lagi!

Wow…kalau betullah apa yang kawan Min ‘laporkan’ ini, nampaknya tahun ini adakan ada lagi seorang artis wanita cantik kita akan bergelar isteri.

IKLAN

Apa pun, berita mengenai perkahwinan adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini bukan lagi menjadi persoalan apabila si empunya badan sendiri mengakui sudah pun bersedia untuk bergelar isteri kepada seorang lelaki kacak yang dikenali sebagai Hafiz.

Malahm, hubungan mereka pun sudah lama terjalin dan ketika menunaikan umrah Januari lalu, Nelydia juga ada berdoa akan mendapat jodoh yang baik dan dipermudahkan urusan.

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI