Tahniah diucapkan kepada pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan yang telah pun selamat bersalin anak sulung pada 18 Mei lalu secara normal.
Isteri kepada Muhammad Multazam Nasir itu berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi media sosial masing-masing, pada Sabtu.
“Alhamdulillah, selamat melahirkan our first baby pada 18 May 2024, 8.50 pagi tadi secara normal.
“Baby boy ni keluar tepat pada 39 weeks 4 days dengan berat 3.04kg. Thank you husband yang bersengkang mata jaga kita hari hari,” tulis Nelysa menerusi ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Sambil mengucapkan terima kasih, Nelysa turut menitipkan rasa syukur.
“Terima kasih juga anak atas kerjasama awak keluar tadi, Alhamdulillah mudah.
“And of course, huge thanks to my gynae yang super hebat juga, Dr Seri and Prince Court Medical Centre team for the great hospitality.
“Dan tak lupa juga terima kasih pada keluarga, rakan rakan, followers yang sentiasa mendoakan,” kongsinya.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah menerima lebih 100,000 tanda suka yang disusuli dengan ribuan ucapan tahniah buat pasagan itu.
Terdahulu, Nelysa dan suami mendirikan rumah tangga pada November 2022.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI