Umur bukan penghalang untuk mengejar cita-cita dan melakukan apa yang disukai. Falsafah ini dibuktikan oleh Choi Soon-hwa, 80, yang bergelar finalis Miss Universe Korea 2024.

Biarpun pada malam pertandingan Choi tidak berjaya bergelar juara, namun dia berjaya memenangi salah satu anugerah yang diumumkan iaitu Anugerah ‘Best Dresser’.

Menggayakan gaun petang rona putih penuh dengan perincian jemeki dan net-cape, Choi yang merupakan seorang model berjalan anggun dan yakin dengan rambutnya yang memutih.

Nenek Berusia 80 Tahun Sertai Miss Universe Korea 2024, Menang Anugerah ‘Best Dresser’

“Biarpun pada usia sebegini, saya memiliki keberanian untuk mengambil peluang dan menyahut cabaran.

“Saya mahu orang memandang saya dan menyedari yang mereka boleh hidup sihat dan mencari bahagia dalam apa yang mereka mahukan dan cabar diri untuk mencapai impian,” kongsinya sebelum pertandingan.

Ads

Pernah bekerja di hospital sebelum bersara, Choi menceburi dunia modelling pada usia 72 tahun untuk membayar hutangnya.

BACA JUGA: Pelakon, Model & Usahawan Fesyen Dinobat Sebagai Miss Earth Malaysia 2024

Nenek Berusia 80 Tahun Sertai Miss Universe Korea 2024, Menang Anugerah ‘Best Dresser’

Ads

Dia kemudiannya mengikuti kelas catwalk dan berjaya bernaung di bawah agensi peragaan sebelum terpilih untuk memperagakan busana di Seoul Fashion Week ketika berusia 74 tahun.

Sehingga kini, Choi telah banyak menghiasi kempen fesyen dan menghiasi majalah antarabangsa seperti Harper’s Bazaar dan Elle.

Pertandingan Miss Universe Korea 2024 menyaksikan gadis berusia 22 tahun, Han Ariel, dinobat sebagai juara dan bakal mewakili Korea di pertandingan Miss Universe yang bakal berlangsung di Mexico, November nanti.

Ads

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI