Terbaru menerusi laman sosial Twitter milik Sharifah Amani, dia agak bengang dengan netizen yang mengecam cara pemakaiannya.    

Menerusi sekeping foto dan menulis kapsyen ‘Kurung Kedah top, ripped jeans, jet black hair and Timberlands‘ yang dimuat naik di Twitter, Sharifah Amani dikritik kerana memakai baju kurung Kedah dengan seluar jeans koyak.

‘Nenek Gua Tak Sekejam Nenek Lu Bro’- Sharifah Amani

Netizen menyatakan Sharifah Amani tidak sepatutnya memakai seluar koyak yang mendedahkan aurat dan menganggap gaya tersebut tidak sesuai dengan budaya di Malaysia.

Ads

Ada juga yang berkata, bahawa Sharifah Amani tidak sensitif dengan cara pemakaian baju kurung kedah.

Rata-rata peminat berharap agar pelakon ini perlu lebih peka dengan baju yang dipakainya supaya dapat menjaga tradisi pemakaian baju kurung yang sedia ada.

‘Nenek Gua Tak Sekejam Nenek Lu Bro’- Sharifah Amani

Ads

Namun ada juga yang menyokong cara pemakaian Sharifah Amani yang dianggap sebagai trend terbaru dan tidak menjolok mata.

Tidak lama selepas itu, Sharifah Amani tampil memberi respons terhadap kritikan yang diterima dan telah memuat naik sekeping gambar bersama neneknya.

Ads

‘Nenek Gua Tak Sekejam Nenek Lu Bro’- Sharifah Amani

 

“Aku pakai baju kurung Kedah dan jeans kau yang rasa panas. Nenek gua tak sekejam nenek lu bro,” tulisnya.

Sumber : Twitter Sharifah Amani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI